Thursday, 23 June 2011

ANAK DILARI RAKAN SENDIRI


google search xde kene mengena dengan hidup atau mati


ANAK DILARI RAKAN SENDIRI





Butterworth : "Sejak bayi saya dilarikan rakan serumah hampir sebulan, hidup saya sangat tertekan. Kini, hanya sekeping gambarnya menjadi pengubat riindu kerana semua barangan bayi saya turut dibawa bersaa," kata Esah, 26, yang mendakwa rakan serumahnya membawa lari bayinya yang berusia dua bulan awal bulan ini.

Ibu muda itu berkata, bayi lelaki diberi nama Mohammad Fahrin Danial Abdullah itu ditinggalkan bersama rakan serumahnya yang juga pasangan suami isteri di sebuah flat di Perai pada 28 Mei lalu kerana dia ke Seremban, Negeri Sembilan, atas urusan peribadi.

"Saya tiada masalah dengan mereka malah sebelum meninggalkan bayi saya, tiada apa-apa berlaku. Ketika di Seremban, saya beberapa kali menghubunginya dan mereka memberitahu tidak perlu risau mengenai anak saya.

Namun, selepas pulang pada 11 Jun lalu, saya terkejut apabila mendapati rumah sewa itu berkunci dan ketika menemui pemilik rumah, dia memberitahu rakan saya itu sudah keluar kerana tidak membayar sewa rumah," katanya ditemui di sini, semalam.

Esah mendakwa, pasangan itu turut membawa semua barangan milik anaknya termasuk beberapa peralatan elektik miliknya.

SUMBER : MYMETRO
Oleh Fuad Hadinata Yaacob dan Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my



Bla aku bercakap:

kesian la kat Esah tu kan...da la penat mengandung....end up anak di lari orang...hmm arap2 dia akan bertemu anaknya tak lama lg...harap urusan dia dipermudahkan dan dia tabah menghadapi dugaan ni...semoga urusan dan masalah antara diaorang dapat diselesaikan dengan cara baik.

pada penculik tu arap2 pintu hati diaorang akan terbuka untuk bagi balik anak si Esah tu...arap2 korg akan ada anak sendiri dan jangan menyusahkan orang lain plak!!!

moral of the story: trust no one including ur own fren...huhu!!!


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

0 .:sweetcomments:.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...