Sunday, 26 June 2011

ANAK TEMUI MAYAT BAPA


SEBAK...ahli keluarga mangsa hadir di bilik mayat Hospital Melaka bagi melakukan pengecaman terhadap mayat mangsa, pagi semalam.


MELAKA: Seorang warga emas ditemui mati di dalam sebuah bangunan kilang miliknya di Malim Jaya, dekat sini, tengah malam kelmarin selepas dilaporkan hampir dua bulan tidak berhubung dengan anaknya.
Mayat mangsa dikenali sebagai Pang Kow Yong@Pang Teck Long, 63, dari Bukit Baru, dekat sini, ditemui mati oleh seorang anak lelakinya yang menetap di Singapura ketika mencarinya di kawasan kilang terbabit.

Difahamkan, premis itu berkunci dan anak mangsa dikatakan mengintai melalui cermin belakang sebelum melihat mayat bapanya terbaring di atas lantai.
Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Wan Ahmad Wan Abbas ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut selain menunggu laporan penuh bedah siasat mayat mangsa yang dijalankan di Hospital Melaka, semalam.

Menurut beliau, siasatan awal pihaknya mendapati warga emas terbabit sudah lama terputus hubungan dengan anaknya, iaitu selama satu bulan 26 hari sebelum mayat ditemui.

“Kita menerima laporan dibuat anak lelaki mangsa di Balai Polis Malim mengenai penemuan mayat bapanya itu. Anggota polis yang melakukan pemeriksaan menemui mayat mangsa lengkap berpakaian dan memakai tali keselamatan.
“Kita mengesyaki mangsa terjatuh dari tempat tinggi ketika melakukan kerja pembaikan atap premis kilang itu dan mati,” katanya yang tidak menolak kemungkinan mangsa meninggal dunia sejak beberapa hari berdasarkan keadaan mayat yang mengecut dan berbau.

Beliau berkata, pihaknya mengklasifikasikan kes berkenaan setakat ini sebagai kematian mengejut dan masih menunggu laporan lengkap bedah siasat.
“Mayat mangsa ditemui di dalam bangunan kilang yang berkunci dan tiada sebarang kesan pecah masuk dan sebagainya yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah,” katanya.

Sementara itu, beberapa ahli keluarga mangsa kelihatan di bilik mayat hospital berkenaan namun tidak dapat ditemubual kerana masih terkejut dan bersedih dengan kejadian itu.

sumber :mymetro

bla aku bercakap :

moral of the story..rajin2 la call parents anda walau di mana anda berada..x kisah berapa anda boleh berbual asalkan mereka tahu anda sentiasa mengambil berat mengenai mereka...ooohhh rindu mak & papa...can't wait to go back to MIRI!!!

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

0 .:sweetcomments:.:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...