Thursday, 30 June 2011

::cinta 2 insan::

semalam...seharian membaca blog ZAHIRIL ADZIM pelakon JUVANA tu...


sgt2 suka sbb blog dia pon mcm blog fynn jamal kebykn entri berunsurkn puisi...


bezakn selebriti berilmu dengan yg 'so and so' je... wpun kdg2 terkucil bahasa kesat..biasala org muda...wahhh..


rs sgt cemburu dgn cik tunang yg digelar puteri..so romantic...


chomelll n sweet like choki-choki..hee




meh tgok video tunang diaorg~~




kita hayati puisi utk si puteri

Dia & Aku Kata
Penulis : Zahiril Adzim

Sayang betul dia kat aku.
Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman itu.
Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata, tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.

Dia dah tak tau nak kata apa, aku kata,
jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..
"Tuhan, kalau betul dia jodoh,
biar aku lawan untuk jodoh ini!"





lagiiii.....



Dicuri Untuk Mencuri Buat Pelengkap Rusuk Kiri
Penulis : Zahiril Adzim

Bersusun buku,
Bersusun DVD,
yang satu pun tak baca lagi,
yang satu pun tak tengok lagi.

Macam biasa.

Masa aku dicuri lagi demi mencuri hati, seorang puteri.
Buat pengubat hati juga pelengkap rusuk kiri.

Aku janji.


one more pleaseeee.....


Lepaslah Perempuan Itu
Penulis : Zahiril Adzim
Semalam aku dengar suara perempuan jerit.

Lepaslah. Lepas. Lepaslah. Lepaslah.

Dari rumah tingkat atas. Disusuli dengan beberapa bunyi tamparan dan pukulan. Aku, temanku dan beberapa orang Pak Guard, mendongak dalam gelap malam, terpinga - pinga, melilau mata, tertanya - tanya dalam kepala, siapa, rumah mana, apa dan kenapa.

Lepaslah!

Perempuan itu kena pukul agaknya. Kuat.

Lepaslah!

Dia menjerit sakit. Aku yang mendengar,


perit.



Lalu malam itu juga aku berdoa, walau apa pun terjadi, walau dalam keadaan marah macam mana sekalipun, mohon dijauhkan, mohon jangan dibiarkan syaitan merasuk aku hingga memukul cintaku.


eheeee....romantik kannn...

semoga hubungan diaorg berakhir ke jinjang pelamin dan bahagia selalu~~~~

aku???aku bersyukur sgt dikurniakn suami yg penyayang walaupun tak seromantik seth tan dan zahiril adzim tp dia sgt2 unik dengan caranya tersendiri...ehehe...tQ yang!!!.

tQ kerana bersabar dengan diri ini yg byk songeh!!!ngee...:D
tQ kerana selalu call hanya utk mendengar suara yg gedik ini...weeee...
tQ for everything...arap kita bahagia utk selamanya~~(^_^)v

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

4 .:sweetcomments:.:

fiq. said...

wah, kamu suka bace blog puisi ye! awesome people, sangat unik :D

hunnyAPIS said...

heee..hanya menghargai seni dan mengagumi bakat org laen yg tak ada pada diri ini..:)

zareliqa afiqa said...

wow~ sngt2 romantik lar...:)

hunnyAPIS said...

hehe..kn....so sweet je diaorg nih...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...