Thursday, 14 July 2011

::2 Mati 1 Parah Sebab Lampu::



en google

HULU SELANGOR: Keengganan menutup lampu bilik untuk tidur mengundang kemarahan seorang lelaki warga Vietnam hingga sanggup menikam dua rakannya hingga mati manakala seorang lagi parah dalam satu kejadian di sebuah rumah kedai di Jalan Orkid, Bukit Sentosa, tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, lelaki berusia 28 tahun berkenaan yang ingin tidur meminta seorang daripada tiga rakannya itu menutup lampu bilik namun tidak diendahkan menyebabkan lelaki itu naik berang lalu berlaku pergaduhan sesama mereka.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya berkata, dalam pergaduhan itu, suspek bertindak di luar kawalan apabila menikam tiga rakannya dengan pisau menyebabkan dua maut di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah.

Menurutnya, mangsa pertama yang berusia 25 tahun maut akibat ditikam di perut manakala mangsa kedua yang berusia 36 tahun pula ditikam di dada dan luka di tapak tangan kiri.

“Mangsa ketiga yang berusia 23 tahun turut cedera di tapak tangan kiri dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

“Siasatan awal mendapati semua mereka adalah pekerja sebuah kilang tin di Bukit Sentosa. Dua mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat,” katanya.

Norel berkata, selepas menikam rakannya itu, suspek terus melarikan diri, tetapi ditahan polis di kawasan kilang tin tidak lama kemudian dengan keadaan baju berlumuran darah.

“Selepas berjaya ditahan, suspek menunjukkan tempat pisau yang digunakan untuk menikam mangsa yang dibuang kira-kira dua kilometer (km) dari tempat kejadian.

“Suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.


Oleh Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my


ishh...macam2 la...nyawa orang da macam nyawa ikan senang2 je. mesti berfikir ikut emosi ni.. tu la ikut hati mati!!

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

2 .:sweetcomments:.:

myhatiku said...

whoa..dahsyat ek..

MFI said...

sbb tu kalo orang nk tdo..jangan kacau..boleh perang besar woo..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...