Friday, 15 July 2011

3 Jam Diculik Lapan Laki


gambar hiasan semata-mata:en google 


SENTUL: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berdepan detik cemas apabila diculik selama tiga jam oleh sekumpulan lapan lelaki sebelum diikat tangan dan ditutup mulut dengan pita pelekat dalam kejadian di Taman Dato Senu, di sini, tengah hari kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 tengah hari itu, mangsa, Dania Syazwana Azahar Ahmad, turut cedera di siku dan kaki selepas terjatuh dari dukungan seorang penculik ketika dia dilarikan ke tempat persembunyian.

Bagaimanapun, dia dapat diselamatkan selepas seorang lelaki warga emas yang kebetulan melihat sekumpulan lelaki sedang mengurung seorang kanak-kanak di belakang sebuah kedai kira-kira satu kilometer dari rumah kanak-kanak itu sebelum bertindak berani memukul kumpulan lelaki terbabit dengan kayu.

Tindakan itu, menyebabkan semua lelaki terbabit yang terkejut cuba melawan, tetapi gagal sebelum mereka bertindak melarikan diri. Menceritakan kejadian itu, Dania berkata, sebaik mahu menutup pintu rumahnya di tingkat enam Flat Sentul Murni, di sini, selepas pulang dari sekolah, seorang lelaki tidak dikenali tiba-tiba menariknya dari arah belakang dan menutup mulutnya hingga dia tidak boleh menjerit meminta tolong sebelum mengheretnya turun ke tingkat bawah.

“Sebaik tiba di tingkat bawah, lelaki terbabit mendukung dan membawa saya ke taman permainan berdekatan sebelum memberi isyarat kepada rakan lain.

“Malangnya ketika itu, saya terjatuh dari dukungan lelaki berkenaan menyebabkan kecederaan di kaki kanan dan siku kiri saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, lelaki itu mendukungnya semula dan meneruskan perjalanan ke belakang deretan sebuah kedai di Kampung Pauh Seberang kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

“Di belakang kedai itu, mereka mengikat saya di satu kerusi sebelum menutup mulut saya dengan pita pelekat menyebabkan tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya berdoa supaya selamat.

“Mereka juga meminta wang, namun saya hanya mampu menggelengkan kepala kerana tidak mempunyai wang langsung menyebabkan mereka naik berang,” katanya.

Dania berkata, beberapa jam kemudian, seorang lelaki berusia 50-an yang menunggang motosikal kebetulan melihat kejadian itu terus menghampiri mereka dengan sebatang kayu.

“Saya lihat pak cik itu terus memukul penculik dan rakannya dengan sebatang kayu. Mereka cuba melawan tetapi tidak berjaya dan terus melarikan diri,” katanya yang masih trauma dengan kejadian berkenaan.

Menurutnya, selepas membuka ikatan di tangan dan pita pelekat di mulut, lelaki itu menghantarnya pulang ke rumah sebelum menceritakan kejadian itu kepada ibunya, Masni Abu Bakar, 30-an.

Selepas ayahnya pulang, mereka terus membuat laporan di Balai Polis Jinjang sebelum mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan mengesahkan menerima laporan. dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal suspek.

Setakat ini, tidak diketahui motif kumpulan lelaki terbabit kerana mereka langsung tidak menghubungi ibu bapa Dania bagi meminta wang tebusan sebaik menculik kanak-kanak itu.

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa dan Siti Nor Hidayatidayu Razali 
am@hmetro.com.my



syabas pakcik a.k.a warga emas tersebut :p, usaha murni pakcik dah selamatkan seluruh Malaysia dari bersedih dengan kekejaman manusia durjana itewww....ape ke bangang (maap bahasa kesat...heeww) mamat lapan orang culik sorang budak...tak cool langsung okey!!!!da la mintak duit ngan budak2 tak trill langsung..wei carik keje halal la wei!!! askdhfhk!!! jadi la lelaki berguna sikit wei...malu je...*maaf ter-emo* 


scaryla...depan umah pon da nak kene culik..depan umah sendiri pon tak selamat...yela mesti kita tak sangka dan tak terfikir pon akan berlaku penculikan depan rumah sendiri..so watch out!!!!hati2 la ye wahai parents dan adik,kakak, abang termasuk diri sendiri sekalian.(^_^)v


MALANG TIDAK BERBAU

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

1 .:sweetcomments:.:

nawza said...

Alhamdulillah selamat..syabas kat pak cik tu sbb jd warganegara yang terbaik walaupun dh berusia..aku respect..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...