Thursday, 28 July 2011

CURI KELAPA SAWIT UNTUK BELI DADAH

en google




KEMAMAN: Polis mengesan taktik terbaru yang digunakan oleh penagih dadah termasuk remaja bawah umur untuk membiayai tabiat menagih dadah mereka iaitu dengan mencuri buah kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Abdullah Sani Salat berkata, penagih akan mencuri buah kelapa dari ladang di Felda Cheneh di sini dan menjual untuk mendapat keuntungan sejak empat bulan lepas.


Beliau berkata penagih terbabit mencuri buah-buahan sedikit demi sedikit untuk menipu pekerja ladang, pada mulanya pekerja ladang tidak menyedari kehilangan buah-buahan itu tetapi taktik itu akhirnya terbongkar disebabkan ketamakan penagih untuk mengaut keuntungan yang banyak.

"Kami percaya mereka yang mencuri buah kelapa sawit dan menjual kepada kilang-kilang berhampiran, menyebabkan ladang-ladang mengalami kerugian beribu-ribu ringgit," katanya.


Abdullah Sani berkata bertindak atas aduan oleh pekerja-pekerja, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kemaman menyerbu beberapa sarang penagihan dadah kira-kira jam 12 tengah malam semalam. -Bernama




demi dadah mereka tak boleh nak berfikir. demi dadah mereka sanggup wat ape je. demi dadah mereka tak kisah masa depan mereka musnah. demi dadah mereka rela kehilangan keluarga. demi dadah mereka sanggup mati! haishh..tak tau nak cakap pe...semoga mereka insap dan cepat sembuh dari 'najis' tersebut..amin

YA ALLAH MINTAK DIJAUHKAN DARI MALAPETAKA INI~~


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

6 .:sweetcomments:.:

Ahmad Yasir said...

biase la tu, bila dyeorng ni dah gilakan dunia..akhirat entah kemana..

semoga kita dijauhkan la dari semua tu ye..amin,,

Miziey said...

pergh! gila eyh.. ketamakan membawa padah.. ambik asa curik buah org.. dik mpun xda 'buah' kaa.. hehe..

hunnyAPIS said...

hahahaa...ngengg..

Encik JI said...

isap dadah best sgt kot. keke.

ce try ce try

:))

moneymakergroup said...

tu biasa berlaku kat mana2 felda pon... siap isi dalam raga motor lagi... cuba bayangkan macam mana dia bawak motor... kan lurus tu.... :))

PORUMAN said...

hahaha..best entri ni..aku hampir2 bt cmne jugak dulu kt kmpg tp x jadi bb tkt kene tgkp..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...