Friday, 1 July 2011

Dituduh gigit kemaluan isteri

sumber :en google .xde kene mengena ngan kes

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.

Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:

"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."

Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.


sumber : kosmo

bla aku cakap:
mcm2la..bungok..pesanan utk si suami..."bawak2 bersabarla bang oii...bini tu bini kau..bila2 leh dpt xyah la sampai geget2"...huhu~~~
boleh tak jangan berkasar!!!kami bukan untuk dikasari. harap maklum (emo nih!!!)



aku doakn semua kaum hawa di dunia ni terlindung dari mana2 keganasan x kisah la dr kaum lelaki atau kaum sejenis ku sendiri...amin....org skrg ni kdg2 depan je baek blkg kita...hmmmm...tahla..


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

1 .:sweetcomments:.:

ezzu said...

kasar sgt smpaikn main gigit...xde keperimanusiaan lngsung...heehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...