Thursday, 21 July 2011

Jerat SMS Gambar Seksi


ok..korang mesti ingat orang amek gambar sexy mexy guna henpon pastu henpon hilang pastu orang tak bertanggungjawap ugut mintak duit kalau tak dia sebar kat internet..

bukan..bukan...

sila baca ye.

haippp....jangan malas...

membaca jambatan ilmu..~~~weeeee


gambar hiasan dari bang google

KEPALA BATAS: “Helo sayang, esok sudah nak bertolak, saya telah tinggal msj (mesej) gambar untuk kamu,” begitulah kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima seorang lelaki.

Bagaimanapun, SMS itu bukan dihantar isteri kepada suaminya tetapi dipercayai taktik terbaru pihak tertentu cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah melalui kiriman pesanan berkenaan yang menawarkan gambar wanita seksi kepada pemilik telefon bimbit secara rambang.

SMS itu sengaja dihantar dipercayai bagi memperdayakan lelaki melihat gambar wanita seksi membolehkan kredit panggilan mereka dipotong sebaik membalas SMS untuk pendaftaran.

Penerima SMS berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zainal, 35, berkata, dia menerima beberapa mesej menawarkan gambar wanita memakai bikini dari beberapa nombor telefon bimbit tidak dikenalinya.

Katanya, pada mulanya dia tidak mempedulikan SMS itu kerana menganggapnya seperti SMS yang menawarkan hadiah.


“Beberapa hari kemudian saya dapat SMS sama daripada nombor berlainan menawarkan gambar wanita seksi.

“Saya balas mesej seperti diarahkan kepada nombor 32*** dan mengejutkan apabila kredit dipotong RM4 sebaik mendaftar.

“Bagaimanapun, gambar itu tidak diterima menyebabkan saya mengesyaki ia penipuan, pihak tertentu” katanya.

Menurut Zainal, dia belum membuat aduan kepada mana-mana pihak tetapi berharap pihak berkaitan dapat memantau syarikat telekomunikasi yang cuba memerangkap orang ramai melalui SMS.


Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seberang Perai Utara, Mohd Nasri Hassan berkata, taktik menghantar mesej kepada pemilik telefon bimbit itu satu bentuk penipuan.

“Kami belum menerima aduan berhubung perkara itu dan mereka yang menerima mesej seperti itu boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), kerana ia dibawah bidang kuasa agensi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi SKMM Wilayah Utara, Ismail Othman, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memanjangkan isu itu kepada Forum Pengguna Malaysia untuk tindakan lanjut.


Oleh Zulfa Mohamad 
am@hmetro.com.my


video


heee...nak cakap padan muka boley???hekss...untuk abe tersebut...tak yah nak gatai sangat la kan...pantang je ek..kalau dapat gamba tu...agak2 nak kecoh ke tak??hmmm....amboi~~~

amek la pengajaran ye...papepon mesej menang juta2 ke..dapat cabutan bertuah ke...gambar and video sexy mexy ke..menipu je smua tu!!! jangan mudah percaya dan TERGODA. rezeki tak datang bergolek. 

ingat cakap gina kat lam vidio tusss...aaaaaaaaaa~~~~


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

6 .:sweetcomments:.:

Encik JI said...

kantoi baik punya pkcik tu. hehe

mindaKhayaLan said...

jgn mudah terpengaruh...pantang dengar ayat seksi...hehehe

hunnyAPIS said...

tu ar pasal...haha...malu je

Eyda Dania said...

eyda pun byk kli dpt msej cm2...tpi eyda abaikan aje..mls nk amk taw..

hunnyAPIS said...

betul eyda..cara terbaek-abaikan je...takdek pekdah pon kan..heee~~

.izzati liyana. said...

haha. agak padan muka lah. cover baik kan. mula-mula tak layan. tapi last-last reply jugak. bajet jeh. huhu. tapi kena banteras jugak gejala ni. tipu duit org maa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...