Tuesday, 19 July 2011

Lelaki Bangang Pukul Bini Lepas Kena Sound Sebab Nak Tido Bilik Adik

huish...giler panjang tajuk....ahaaa....



sebelom korang baca cuba teka adik ipar tu lelaki ke perempuan???

jeng jeng jeng...


Dipukul tegur suami tidur bilik adik


KAJANG: Angkara menegur suami tidur di bilik adiknya, seorang isteri berusia 20-an dibelasah hingga cedera dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Baru Bangi, di sini, awal pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 1 pagi itu menyebabkan isteri malang itu mengalami bengkak di rahang dan bibir selain cedera di badan.


Difahamkan, mereka sering bertengkar dan setiap kali itu, wanita berkenaan akan menjadi mangsa tendangan dan pukulan suaminya yang dikatakan di bawah separuh sedar akibat pengambilan dadah.


Selain itu, anak perempuan tunggal mereka yang berusia dua tahun turut menjadi mangsa apabila dipukul dan dihempap ke atas katil sekiranya si suami mahu melepaskan geram.


Sumber polis berkata, pada hari kejadian, mangsa cuba menegur suaminya yang menyelinap masuk ke dalam bilik adik iparnya dan menyuruh lelaki itu masuk semula tidur di dalam biliknya.


“Teguran itu membuatkan suaminya naik berang lalu mereka bertengkar selama beberapa minit sebelum muka mangsa ditumbuk hingga lebam.


“Adik ipar mangsa yang menyedari kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan berkenaan tetapi gagal sebaliknya suami mangsa semakin ganas memukul mangsa,” katanya.


Sumber berkata, walaupun mangsa cuba merayu, namun ia tidak diendahkan.


“Sebaik puas memukul mangsa, suaminya bertindak keluar dari rumah. “Wanita itu yang kesakitan mendapatkan rawatan di hospital berdekatan sebelum membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.


so da tau jawapannye? korang pikir ape yang patutla ye..mesti semua orang da boleh agak kot ape yang berlaku kalau tak, takdela si suami marah sampai pukul bini cam tu sekali kan...nape nak marah sampai kene pukul2..tak kesian ke...anak yang tak bersalah pon jadi mangsa...aduiii...

untuk si penagih dadah dan pemukul isteri!!!- HEY MAN PLEASE GET A 'LIFE'!!- A GOOD ONE.PLS.TAK PAYAH NAK PUKUL2 DAH.BAWAK2 LA BERUBAH DAN BERTOBAT. 

cian la anak bini tu oiii...eeee...ni semua akibat dadah...nak salahkan dadah la plak...tapi bukan takde otak nak pikir kesan dadah tu cam ne sebelom amek..haishhhh...malas nak cakap lagi.hanya mampu memberi simpati dan doa agar si kecik dan si ibu akan bahagia dan si suami akan insap. si adik ipar? hmmm...gud luck!!!ehe~~~


sumber : mymetro



terima kasih kerana singgah.datang lagi.

2 .:sweetcomments:.:

senyumSOYA said...

takot gak skang ni..
time sebelum kawen nampak macam x ambil dadah.. then pas kawen baru tahu..

ni la akibatnya,..

doktor saya penah ckp.. if nak kawen.. suruh that guy jalani pemeriksaan dadah dulu.. about RM 75 kalau saya tak silap kalau nak buat test tu..
pape keputusan kena pk betul2..


mencegah lebih baik...xmou la jadi cm kes ni..T.T

Salwa said...

teruk..teruk.. :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...