Wednesday, 27 July 2011

PENJARA 16 TAHUN AKIBAT SIMBAH CUKA GETAH


GAMBAR HIASAN DARI EN GOOGLE

TEMERLOH: Seorang buruh ladang yang menyimbah cuka getah kepada dua beradik di Felda Jengka 9, Maran, pada 19 Julai lalu, dijatuhi hukuman 16 tahun penjara dan empat sebatan selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohamad Hafiz Ismail, 31, dari Felda Jengka 9 berdepan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Syafiq Haikal Mat Safa Zaidi, 13, dan adiknya Syaffiy Aiman, 10.

Lelaki terbabit tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman dijatuhkan dan kelihatan sekadar memahami serta membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Hakim Dazuki Ali yang menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan kepada tertuduh, bagaimanapun mengarahkan hukuman berkenaan berjalan serentak dari tarikh dia ditahan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki terbabit didapati menyebabkan kecederaan parah dengan menyimbah cecair dipercayai cuka getah ke atas Syafiq Haikal pada 19 Julai lalu di jalan berdekatan Felda Jengka 9 antara jam 7.30 malam hingga jam 8.30 malam.

Dia turut menghadapi tuduhan kedua iaitu melakukan perbuatan sama terhadap Syaffiy Aiman pada tarikh dan tempat sama.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, buruh ladang terbabit didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dengan memberi alasan menanggung seorang ibu menghidap sakit jantung dengan berpendapatan RM300 sebulan hasil bekerja di ladang sawit.



sumber

erk...gilo ko apo??? en GKA pinjam tagline jap :) apekah motif beliau...aku pon tak tau laaaa.. kanak2 lagi tu...ape la yang buat dia bengang sangat sampai nak simbah2 segala...haishhh...bawak bersabar la baiiii...

makin maju dunia makin orang bertindak ikut perasaan. aduiii...adakah tekanan hidup yang meruncing wat dia jadi begitu. kesian jugak tapi nasi dah jadi bubur. sama2 la kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku. kos sara idup yang makin naik, pendapatan yang tak naik-naik, memang memeritkan.bersabar dan berusaha je mampu kita lakukan.semoga kita semua tabah menghadapi dugaan hidup.yeayy!!!

buat baik berpada-pada. buat jahat jangan sekali. jangan sekali?da tu nak berapa kali?hikss..don't take it seriously okeyyy~~~

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

5 .:sweetcomments:.:

said...

orang zaman sekarang ni suke betul nak simbahsimbah, cuka getah la, asid la..hesh....makin moden, makin tak bertamadun..


XD

alif haris said...

boring betul lah dorang ni ..
asek main simbah asid je kejenye ..

Salwa said...

trend simbah asid.huhuhu.

GKA said...

ok,xpe pinjam la...kesian kat kanak tuuu...pasni kalo nk hidup smpi caner la

Sha said...

der mslh mental per org yg dok main simbah2 nih??
simbah air xmo, dok main simbah bende2 yg merosakkn org..ish3..

kesian knk2 tuh..xpasal2 kne simbah..hmm, sabo jer ler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...