Friday, 29 July 2011

PEROGOL JANJI NIKAHI MANGSA ROGOLNYA SENDIRI

GAMBAR HIASAN DARI BANG GOOGLE


-Taktik lelaki bebas tuduhan ditolak-

KUALA TERENGGANU: Seorang subkontraktor berusia 49 tahun yang dituduh merogol pelajar Tingkatan Tiga merayu Mahkamah Sesyen di sini, semalam membebaskannya daripada pertuduhan itu dengan alasan dia akan mengahwini mangsa selepas remaja berkenaan menamatkan persekolahannya.

Bagaimanapun, rayuan tertuduh, Azman Nor, dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun yang sudah berkahwin, tidak diterima Hakim Azman Mustapha, malah dia juga tidak ditawarkan jaminan.
Azman menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes itu dengan pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Masriwarni Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, Azman yang berbaju kemeja hijau dan berseluar hitam dituduh merogol gadis berusia 15 tahun jam 11.30 pagi pada 2 Jun lalu, ketika keluarga mangsa tiada di rumah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2) (d) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh menyelinap masuk ke dalam rumah mangsa ketika ketiadaan ibu bapanya dan memeluk mangsa yang ketika itu sedang membasuh baju dari belakang, sebelum merogol mangsa.

Berikutan kejadian itu, suspek cuba menebus kesalahannya dengan berjanji kepada keluarga mangsa untuk mengahwininya selepas dia tamat persekolahan, dua tahun lagi.


Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
2011/07/29


eee..padan muka...da la da tua da pangkat ayah da untuk budak tu..eee..napsu ape tah..*sori emo* yela boleh buat cara halal nak gak buat jahat ngan orang. kesian la kat si gadis.musnah masa depan dia. tak pasal-pasal dia trauma.

arap-arap mangsa tersebut serta keluarga tabah menghadapi dugaan ni dan berusaha untuk teruskan kehidupan. semoga kalian bahagia. p/s: jangan la kawen ngan si jantan keparat tu ye...

pakcik, insafla ye.. kembali ke pangkal jalan.everyone deserve a second chance, so pakcik bawak-bawakla bertobat ye. jangan nak ulang kesilapan lalu.kesian kat keluarga kat umah. malu oiii...

da banyak kes-kes macam ni dalam negara tapi still berlaku.kenapakah?? hmmm..undang-undang longgar sangat kah? tekanan hidup kah? atau diri sendiri kah? undang-undang da dasat da. orang len lagi hidup menderita tapi tetap sayang menyayang. napsu semata-mata nih!!!haissh T_T



terima kasih kerana singgah.datang lagi.

15 .:sweetcomments:.:

POP said...

huhu..kahwin..? x snggup ~_~ msti bdak tue x snggup juga...

Nurul Sharmila said...

teruknyaa!!! tu iblis btopengkan manusia namanya! bek xyah jd manusia! xda hati perut.. kawin?? dhla tua kan... ee.. ape nk jd la dgn manusia skrg...

Hana teen top said...

ada2 jew sekarang nie....

dwaty said...

lelaki camsuka dengan pompuan ni kot... ala... macam cite NORA ELENA... hikhikhik

sekamar rindu said...

salam..

di mana2 pun tak abis2 kisah mcm ni...

MIAMIAMIA :) said...

salam...
ada pesan, kalau dah kena mcm story kat ats, jangan sesekali bagi chance kat laki tue..
ade posiblee, dya akan buat pada org lain pulak...

so, be STRONG GIRL!!
jangan ssekali give up
(in case kalau dya bace..)
hehe

nurpiska said...

nasib bek la hakim xbg chance~

CIK CHIPSMORE said...

jantan xsedau dri laaa...geram lak kat die nie..pakal laa jauh..lau dekt lame dah kene rembat dgn aq..issshhh..sian kat budak tu...

salam kenal dri sanyo osaka.. join blog kamu..

hunnyAPIS said...

hi korang.tq komen.sori x terbalas komen korang...tapi memang jantan keparat tu tak sedar diri...ergghhh!!! tak abis g emo..da la emo ngn kes nih..emo plak ngan keputusan kes memey dan norman hakim..hee..ari ni ari emo sedunia erk...huhu....

sj said...

dah wat salah leh lak ckp cmtu .. hancur la harapn dak tu kawin ngan orang hampeh cmtu .. ape pun xbleh ..

A retarded kitty said...

memang dunia akhir zaman

PapaComelBulat said...

peh3..xde hobi lain ke jantan tu nak buat.memalukan kaum adam betol la.marah ni..ggrrrr

ain najwa said...

ish33....manusia zmn skrg..mcm2..da tua pon msh lg nk wt hal..nauzubillah:)

ADZA IRDAWATI aka MAK DARA said...

mmg patut kasi hukuman semaksimum mungkin pada spesis2 macam ni.. gerammm bila bacaa..

dewqra chacqk said...

ish2 , tewuk ye .. tipu je owang tue uh . saje nak lepas kan diri ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...