Monday, 25 July 2011

Rogol Kekasih Selepas Pecahkan Cermin Kereta


gambar hiasan takde kene mengena ngan sape2-en google


HULU SELANGOR: Seorang lelaki berusia awal 20-an sanggup merogol teman wanitanya selepas memujuk wanita itu yang berasal dari Sungai Petani, Kedah mengikutnya ke ibu kota.

Difahamkan, lelaki terbabit mengajak teman wanitanya yang berusia 22 tahun itu ke rumah salah seorang ahli keluarganya yang tinggal di Bukit Sentosa, di sini, Selasa lalu.

Menurut sumber, mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa membenarkan suspek memandu kereta miliknya untuk ke rumah ahli keluarga lelaki itu.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan kira-kira jam 2 pagi, suspek bertindak memaksa mangsa masuk ke dalam rumah dan menyatakan hasratnya untuk mengadakan hubungan seks.

“Mangsa yang terkejut dengan permintaan suspek kemudian menolak permintaan itu,” katanya.

Menurutnya, disebabkan keengganan mangsa, suspek dikatakan mengamuk dan bertindak memecahkan cermin kereta mangsa sambil mengarahkan mangsa keluar dari kenderaan itu.

“Selepas itu, mangsa yang ketakutan keluar dari keretanya sebelum ditarik suspek masuk ke dalam rumah berkenaan,” katanya.

Sumber berkata, mangsa diperkosa dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum mangsa dibawa pulang semula ke rumahnya di Sungai Petani keesokannya.

Mangsa kemudian memaklumkan apa yang berlaku ke atasnya kepada bapanya sebelum dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa dipercayai dirogol,” katanya.


errkk...adeh...muda lagi la...tak pasal2 rosak masa depan...aduii...ni msti banyak sangat tengok cite tak sepatutnye nih tu yang desperate sangat tu...hmm...bawak2 la berubah dik oiii...insapla...no means no!!! nak sangat kan...kawenlaaaaa!!!

to si gadis tersebut semoga kamu mengambil iktibar di atas ape yang berlaku. semoga kamu tabah menghadapi dugaan. NO TRUST ANY STRANGER!! benda da jadi tak perlu dikenang. life must go on. maju ke depan! malam2 tak yah la nak keluar rumah. 

macam2 da berlaku sekarang ek...kes bunuh, rogol, buang anak berlaku merata2 tempat. Ya Allah jauhkan diri ku dan keluarga ku dari bencana yang sebegini ya Allah...tetapkan la iman kami untuk menuju keredhaan Mu..

pagi tadi baca bertudung vs tak bertudung. sebab tu kita wajib pakai tudung! baca kat SINI ye~~


p/s: sori entri ni macam bias sikit, bukan nak salah kan sape2 cuma terkilan T_T



sumber:METRO




terima kasih kerana singgah.datang lagi.

9 .:sweetcomments:.:

Anonymous said...

betul..! salah prempuan tu jugak percaya sgt,nak jugak keluar malam2..

Nisa' Azman said...

xtau nk ckp ape, huhu~.. byk sgt dh kes camnie.. XP

Kendra Bing said...

Discover blogs, pics and videos you otherwise wouldn't have at http://kendrabing.com Or submit your own today!

ezzu said...

kejamnye lh manusia zaman skrg...

fiq. said...

nafsu ape lah tu, siap ngamuk2..

huh, donia.donia

Moga dapat petunjuk

hunnyAPIS said...

tu ar pasal...macam2 muda2 da perangai teruk..ish2...nauzubillahminzalik

Encik JI said...

lelaki bacul ngn perempuan gedik.

perempuan jgnla dok ikut sgt lelaki, kalo nk pn, kurng2 berteman. dh taw lelaki ni prngai cm bengong skit.

yg laki pn, sangapnya pasal, smpai sngup rogol2 . menyushkn orang betul la. sian mak bapak korg

PORUMAN said...

jgn pcaye sgt ngn llki... sume perempuan kene ambik iktibar dlm artikel ni, bkn perempuan dlm artikel nie je....

Salwa said...

teruk..teruk..jaga la diri baik-baik ye semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...