Wednesday, 20 July 2011

::Sebab Hutang Dapat 39 Jahitan::


gambar hiasan dari encik google :p


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun terpaksa menerima 39 jahitan di seluruh badan selepas kedua-dua tangan, kaki kiri dan belakang badan dikelar dengan pisau oleh dua lelaki juga kenalannya kerana gagal melunaskan hutang, petang Jumaat lalu.

Difahamkan, mangsa meminjam wang daripada suspek sebanyak RM13,000 dan sehingga kini, sudah membayar RM5,000.

Ketika membuat pinjaman berkenaan beberapa bulan lalu, mangsa turut mencagarkan rim kereta berharga RM4,000 dan motosikal jenis skuter jenama Gilera bernilai RM9,000 kepada suspek.


Namun, suspek yang berusia 20-an dikatakan tidak berpuas hati apabila mangsa gagal melunaskan hutang seperti ditetapkan menyebabkan mereka datang ke rumah mangsa di Taman Datuk Senu, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, untuk bertemu sebelum dipaksa membayar RM30,000 kepada mereka.

Sumber polis berkata, sebaik tiba di rumah mangsa, seorang daripada mereka meminta izin daripada bapa mangsa untuk bertemu anaknya itu. Bapa mangsa membenarkan dua suspek terbabit masuk ke dalam rumahnya sebelum keluar bekerja.


“Sebaik menemui mangsa yang sendirian di rumah, suspek merampas telefon bimbit dan komputer riba milik mangsa. Mereka kemudian memaksa mangsa masuk ke dalam sebuah kereta jenis Myvi dan dibawa meninggalkan rumahnya,” katanya.


Beliau berkata, ketika dalam kereta berkenaan, seorang daripada suspek menutup mata mangsa menggunakan kain hitam.


“Kain yang menutup mata mangsa hanya dibuka selepas dia dibawa ke sebuah bilik (lokasi tidak pasti). Seorang daripada suspek kemudian mengarahkan mangsa membayar RM30,000 wang yang dipinjam mereka.


“Ketika itu, mangsa hanya mampu menggelengkan kepala kerana dia dikatakan hanya membuat pinjaman sebanyak RM13,000,” katanya.


Sumber berkata, seorang daripada suspek kemudian mengelar kedua-dua tangan, belakang badan dan kaki kiri mangsa manakala rakannya pula meletakkan parang di lehernya.


“Ketika itu, mangsa hanya mampu menahan kesakitan. mangsa sekali lagi dipaksa membayar hutangnya.


“Jika enggan, suspek akan bertindak membakar lori milik bapa mangsa selain menyerang tempat keluarganya berniaga,” katanya.


Katanya, selepas puas ‘didera’, mangsa dibawa ke sebuah stesen bas di Cheras, di sini, sebelum ditinggalkan di kawasan berkenaan selepas suspek merampas kad ATM miliknya.


Difahamkan, dua suspek terbabit akan berjumpa semula dengan mangsa kira-kira jam 10 pagi, keesokan harinya untuk menuntut hutang selain geran motosikal yang dicagarkan kepada mereka.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini, kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya.


Mangsa yang dibawa ke hospital dilapor menerima 39 jahitan akibat kesan kelar berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.



sumber : myMETRO


Apekah???

muda lagi tapi hutang banyak...hutang belajar kah? hutang duit nak bayar bil hospital ka?

entahla...untuk ape duit sebanyak tu aku pon tak tau...arap2 untuk kebaikan.*think positif plissss*. ok!

arap2 duit yang dipinjam tu berbaloi sehingga mendapat 39 jahitan....uiisshhhh...banyak tu~~~

kadang2 orang sekarang sanggup hutang keliling pinggang sebab nak nampak bergaya dan trendy....hmmm..

semoga mamat tadi cepat sembuh dan insaf di atas kejadian. berfikir sebelum berhutang. bukan senang nak senang!bukan susah nak susah~~~

arap2 kawan2 dia pon bawak2 la berubah...tak pasal2 gelap masa depan sebab duit RM13000. tak berbaloi!! lain kali nak pinjamkan duit wat perjanjian bertulis k!! in case ade pape, ada gak back up...heee...         peace yo!

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

1 .:sweetcomments:.:

nurpiska said...

tak berbaloi..ish3..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...