Tuesday, 2 August 2011

PELAJAR PROGRAM MOTIVASI SEKOLAH MENERIMA LAYANAN SEPERTI BANDUAN



MOHD. RAFSANJANI (depan) bersama pelajar lain menunjukkan kepala mereka yang dibotakkan ketika ditemui di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Seramai 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) di sini mendakwa mengalami penderaan fizikal dan dilayan seperti banduan semasa menjalani program motivasi di Penjara Kluang hujung minggu lalu.

Ketika program selama tiga hari dua malam bermula Jumaat lalu itu, mereka mendakwa diarah oleh warden penjara memakai pakaian banduan selain digari, ditampar, dipukul dan ditumbuk di perut hingga ada pelajar menangis.

Seorang peserta, Mohd. Rafsanjani Mohd. Rafi, 16, mendakwa, pihak sekolah memaklumkan bahawa program tersebut adalah untuk para pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

"Apabila tiba di penjara, kami diminta menyerahkan barangan peribadi dan rambut kami dipotong sehingga pendek sebelum dibawa ke asrama.

"Keesokan harinya, ketika lawatan di penjara, saya terkejut apabila dimarahi dan dicekik oleh warden penjara," dakwanya di sini semalam.

Katanya, dia dipilih mengikuti program berkenaan kerana ponteng sekolah selama 10 hari tahun ini.

Rakannya, Syed Amirul Khair Syed Khaidir, 16, pula mendakwa, para pelajar didera melakukan pelbagai aktiviti memeritkan seperti tekan tubi, berguling atas jalan dan ketuk ketampi sebanyak 150 kali.

"Kami dilayan macam banduan dan saya sendiri ditumbuk di perut selain ditampar dua kali," dakwanya.

Dalam pada itu, ibu kepada Mohd. Rafsanjani, Wan Zuhidah Zainal, 41, berkata, pihak sekolah menghantar surat kepadanya tentang program itu tetapi tidak dinyatakan pengisiannya.

"Saya hanya mengetahui mereka dihantar ke penjara apabila bertanya guru di sekolah selepas curiga melihat pelajar dibawa menaiki bas Jabatan Penjara," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Johor, Datuk Maulizan Bujang berkata, jika dakwaan itu benar, pihak sekolah perlu mengkaji semula pengisian program.

"Saya telah meminta Jabatan Pelajaran menyiasat dakwaan ini, begitu juga dengan pihak sekolah," katanya ketika dihubungi.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Datuk Samsol Bari Jamali mengakui pihaknya mengetahui pelajar terbabit perlu menjalani simulasi kehidupan di penjara malah sekolah itu adalah yang ketiga mengikuti program sama.

Beliau berkata, pihak pentadbiran sekolah akan bersemuka dengan pelajar terbabit apabila sekolah dibuka esok.

Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru, Khalid Mohamed yang menerima aduan terbabit berkata, satu memorandum yang ditandatangani ibu bapa peserta akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.


Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my



erk..nape program motivasi kene sampai macam tu sekali? oh untuk pelajar ada masalah disiplin. MASALAH DISIPLIN hmmm....betul ke tak ape yang budak-budak tu cakap. bukan ape budak sekarang ni pantang kene tegur dan kene marah sikit...balek umah mengadu kat parents kena dera pada hal dia yang wat perangai... sebab tak puas hati mula la nak ada-ada kan cerita...huh!! jangan nak manja sangatla kannn susahnyer jadi cikgu.. *sebabitusayatamojadicegu*

tapi kan, takkan la program ni tak de pemantauan dari sekolah kot. cikgu disiplin takkan nak serah bulat2 kat pihak penjara...ishh...ishh..ishh..*stop being jugdemental azryn*ok!

kalau la insiden ni betul....why pakcik warden? why???? nape kena buat gitu? kesian kat kanak-kanak yang tak berdisiplin itewww....hekss...kalau pon pakcik rasa tertekan dengan perangai mereka yang tak mendengar kata, pakcik bersabar je la, tak yah la nak pukul2!!

ok..kita tunggu dan lihat je la...kalau ada berita susulan untuk kes ni...huhu..cakap banyak pon tak guna.. tak da sapa yang bersalah selagi dia tak disabitkan dengan kesalahan!!arap2 pakcik warden tu tak salah..hiks (~_*)v



terima kasih kerana singgah.datang lagi.

12 .:sweetcomments:.:

nurpiska said...

ntah betol ke x ckp dak2 yg ade mksalah 'disiplin' tuh~

hunnyAPIS said...

@nurpiska

tu ar pasal kannn..cam susah je nak caye..huhu..

Afuan Shah said...

hahah..rasa nak tergelak pon ada..cam betul ja cakap bebudak tu..
xkan kejam sgt warden..and takkan la polis atau warden laen yg tengok buat dono ja?
ingat sekolah juvana k??hoho

http://loadingmode.blogspot.com/2011/08/ehehawak-la.html

Faiz said...

nie la masalah budak2 skrg..sikit2 ngadu..tau pn takut kne pukul sume..dah tu yg g wt masalah disiplin..spe suruh..nie tuk pngajaran dorg je supaya xjadi penjenayah nnt..neway thanks ya sbb follow blog sy..sy dh msukkan di ruangan followers 4 di blog sy..=)

MissViVio said...

giler ah..konfom lpas ni diorg da fobia nk g program motivasi...silap ari, basi cmtu je..

Radsmil Nasir said...

xtaula siapa salah,,, klau budak2 betul,,,maknanya xble jugalah nak buat kem macam tu,,, xkn sampai nak tumbuk... tpi lau budak tu menipu... memang terukla ..=.=.. kecik2 da pandai menpu..haizzzzz,,harap2 kebenaran terbongkar..^^

abah khalisha said...

mcm-mcm hal.hehee

GaDis BuTtErFLy said...

lau nk tangani masalah disiplin, x perlu la gunaakn kekerasan, patotnya gunakn kaedah psikologi, mak ayah n cikgu perlu ganding bahu sama2 lam hal nie.. :)

r.a.firdausi said...

budak2 sekarang... pantang ditegur... dulu aku kene camtu ngan seniur sekolah je pon@ ketua dorm aku, tak pernah komplain pon..

ini kan pulak warden, warden2 tu pon ade anak gak, takkan la dyorang nak wat macam tue, takkan la pihak sekola x anta wakil guru tengok prog. motivasi tue..

isk3x..

cik pip said...

kesian diaorang kan..pip masih update lgi blog..sibuk sikit.jom tgk pemenang : Gosip Hangat Pemenang Yuna aka Unna

naju said...

memang macam2 kes sekarang kan.. tp, budak2 sekarang pun kuat ngadu.. ish3

petuapakar said...

Aduyai ragging je tu, takde mender. Budak2 skang sikit2 nak repot. Len ler kalo body injured...kiki.

Pakar pn penah kena bully ngan senior. OK jer....

I follow u. follow saya balik yer..klik sini untuk follow saya kembali

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...