Thursday, 4 August 2011

Ditipu dan Dirogol Biras



gambar hiasan bang google


KAJANG: Hanya alasan mahu berbincang, seorang kakitangan sebuah syarikat swasta berusia 19 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol birasnya di sebuah hotel di Bangi, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek berusia 29 tahun pada mulanya menghubungi mangsa kononnya untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah perhubungan mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata mangsa yang tidak mengesyaki niat serong suspek bersetuju untuk bertemu.

“Suspek yang datang mengambil mangsa di rumah membawanya menaiki kereta sebelum singgah di sebuah hotel di Bangi kononnya untuk berbincang.

“Tiba di hotel, mangsa dibawa masuk ke dalam sebuah bilik,” katanya.

Beliau berkata, di dalam bilik, suspek menarik mangsa ke atas katil dan cuba membuka baju mangsa.

Katanya, mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri, tetapi dihalang suspek.

“Suspek yang berang dengan tindakan mangsa menarik mangsa ke atas katil sebelum merogolnya,” katanya.

Beliau berkata, sebaik dirogol, suspek menghantar semula mangsa ke rumah dan berjanji akan bertanggungjawab atas kejadian itu.


“Menyedari suspek melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selain hanya menjadikan dirinya sebagai pemuas nafsu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang,” katanya.


biras tu ape? suami/isteri ipar kita [correct me if i'm wrong]

so kiranya masing2 da kawen la kan kalau ikut definition biras tu ape...


'suspek berusia 29 tahun pada mulanya menghubungi mangsa kononnya untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah perhubungan mereka' - masalah perhubungan? masalah komunikasi kah? erk perhubungan apa yang dimaksudkan?? hmmm..

macam-macamla sekarang nih..kalau ikutkan kalau nak berbincang tak perlu kot g hotel bagai kan...kalau da naek bilik da laen da tu kot...hmmm....

semoga semuanya selamat dan diselesaikan dengan cara terbaik. 



terima kasih kerana singgah.datang lagi.

3 .:sweetcomments:.:

Cik Azizah said...

aduh takutnya kan..skrg semua org tak boleh percaya.. harap2 kita di jauhkan dr malapetaka.

Radsmil Nasir said...

yap...sptutnya jumpa jela kat tempat minum ... nie siap masuk bilik lagi.. xka b*doh namanya, lgi2 bukan suami dia..upppppssss,, kasar ckit pula...^^.. apapn,, biar pihak polis yang menyiasat...xD

Rasanya biras ini suami/isteri kepada ipar seseorang...lau xsilap...xD

Afuan Shah said...

apakah masalah hubungan???hubungan apakah??
hotel??what for??
kat rumah sendiri pon boleh ditemani suami n isteri masing2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...