Saturday, 2 July 2011

::mari mengkaji blog::



serious gler muka wat blog..heee...


ngeee....seram je tajuk...


2-3 ari ni x byk post..kalau ade pon, post yg dr sumber2 tertentu...x pon lagu2 je....


sebab....


aku sebok godek2 blog aku ni...huhu...x byk pon perubahan...tp i likeee~~~


cntoh2...blog ni da nmpak besar dr sebelom ni...kalau x secoek je a.k.a kecik jee...


pastu2..tmbh2 border, wat pagelist, mcm mane nak wat pagelist ade dlm box..mcm2la....heee...barula tau cm ne nk cntek kan quote lam entri....


org laen maybe da lama tau...aku baru je tau cm ne nak wat..hihi..biasalaaa...sy budak baru blaja...tu pon puas gak cari website yg bg tutorial yg betul2 paham...bukan 1 -2 website rsnyer da lebih 10 website aku bukak nk blaja selok belok edit blog...well mmg nmpak biase...tp aku mmg suka kaler2 ribena ni..simple mimple jerrr...hahaaaa......wat is mimple though??? 


sape2 yg ade ilmu nk share2 tu amat2 di alu2 kan...suka sgt bila ada org sudi kongsi ilmu..tQ very much


da di da di da di duuuuuuu~~~~


Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah toloh jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.



terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Friday, 1 July 2011

Last RM1,000 to giveaway this Sunday.



google search



Always wanted to do something totally crazy?

Bungee jump off a bridge… ride the scariest roller-coaster in the world… fight a sumo wrestler… jump off a plane (with a parachute of cause)... Share your dream thrill and you might just get sponsored to do it by Nestle Drumstick! A chance for RM1,000 & get sponsored to live your Dream Thrill.

CLICK HERE TO PARTICIPATE

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

song of the day!!!



jom kita karoks sama2..asik dengar lagu org dewasa kita dengar lagu baby plak...





lyrics...
You’re my honey bunch,
sugar plum, pumpie umpy umpkin…
you’re my sweetie pie
You’re my cuppy cake, gum drop
snookum snookums
you’re… the apple of my eye!
and I love u so
and i want u to know that i’ll always be right here
and i love to sing this song for u
because u are so dear

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Dituduh gigit kemaluan isteri

sumber :en google .xde kene mengena ngan kes

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.

Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:

"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."

Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.


sumber : kosmo

bla aku cakap:
mcm2la..bungok..pesanan utk si suami..."bawak2 bersabarla bang oii...bini tu bini kau..bila2 leh dpt xyah la sampai geget2"...huhu~~~
boleh tak jangan berkasar!!!kami bukan untuk dikasari. harap maklum (emo nih!!!)



aku doakn semua kaum hawa di dunia ni terlindung dari mana2 keganasan x kisah la dr kaum lelaki atau kaum sejenis ku sendiri...amin....org skrg ni kdg2 depan je baek blkg kita...hmmmm...tahla..


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Thursday, 30 June 2011

"ninie azriena 1st giveway :kau muzik dihatiku"

weee....


da lama x join segmen blogger laen...nk try luck la...nk msuk kontest yg simple tp sweet ni...


mn tau ade rezeki...hahahaaa....lgpon bole la nk hilang rs penat berblogwalking....hee


jom intai kontest pe....

ninie azriena 1st giveaway
klik di sini untuk join~~~


syarat2 dia korang cekidout di blog ninie je la ek....


requirement dia mudah je..jd follower ninie, letakkan banner dan entri title ikut syarat2...done...


tinggal watak utama je blom...ni haaa...1@2 songs of my heart


actually muzik di hati ku dan en. suamiku a.k.a my en kaseh syg..


1.KENANGAN TERINDAH-SAMSONS


hee....lagu ms mula2 nk bercouple dlu..ahaksss...sebab lagu ni byk bg kenangan kat kami...bila denga lagu ni je teringat ms mula2 nk declare couple..heee....becoz he said "awakla kenangan terindah dalam hidup saya"...heee...(*blushing*)




2. SEDETIK LEBIH-ANUAR ZAIN


lagu nih my en. kaseh syg bagi before we getting married.kalau org tua2 ckp bertunang ni byk dugaan..trust me, it's true..tak tipu...ms tgh wat preparation nk kawen byk sgt dugaan..da la jarang jumpa..dia sebok sebab nak cuti lama..stress..tension..semua ada smpai emosi sgt terganggu dan pikir bukan2...en kaseh syg ckp.."sabar ye...ni dugaan untuk kita, kita nak buat benda baik memang byk dugaan"..sob..sob..pastu dia msg ni...


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

ye tau..hanya lirik lagu tp sgt bermakna..smpai sekarang simpan msg ni dlm hp...hee (*blushing lagi)






ok these are the songs of our heart...so what's yours??


meh share sm2 n enter the contest..x menang xpe..janji leh sharing...


sharing is caring knnn...heeee


da di da di da di duuuuu~~~~

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

:: baby comel gelak ::

senang gler nak bagi baby ni gelak...


how??


koyakkan kertas itewwww!!!


enjoy~~




comel btul kamu ni....eee...geram aku...heee

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

::congrats tomok & ayu::

wahhh...mesti diaorg tgh bdebar kn 1st July tnggal beberapa hari lagi...


semoga berbahagia ke akhir hayat...bercinta 8 thun..berkawen selama-lamanya...aminn


tahniahhhh!!!
jom tgok video pre-wed diaorg




comel je diaorg nihhh...semoga majlis berjalan lancar!!


p/s : org skrg da mkin kaya kn...tunang pon berpelamin dan bervideo segala...sgt kagum!!!x mcm aku dulu...jrg tgok org tunang berpelamin.. kalau ada pon simple je...sekrg mmg grand mcm org kawen...da jd trend pon....wahhh....


nk kawen pon ade pre-wed fotoshoot n video....xpela selera masing2..duit pun masing2..ade duit boleh la wat lebih kn...xpe2..walaupun aku punye majlis simple2 je..sbb mmg aku suka simple dan mmg aku simple org nyerrr...SIMPLE.SWEET.LUVLY.... heee..ahaksss...tp bersyukur sgt sbb dikelilingi oleh org2 yg sgt sweet yg sygkn aku...terima kasih syg2 sekalian....


haishhh..ade je aku nk bebel pd hal ingtkn nk wat entri ni short n sweet.....haiyakkk!!!


da di da di da di duuuuu~~~

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

::cinta 2 insan::

semalam...seharian membaca blog ZAHIRIL ADZIM pelakon JUVANA tu...


sgt2 suka sbb blog dia pon mcm blog fynn jamal kebykn entri berunsurkn puisi...


bezakn selebriti berilmu dengan yg 'so and so' je... wpun kdg2 terkucil bahasa kesat..biasala org muda...wahhh..


rs sgt cemburu dgn cik tunang yg digelar puteri..so romantic...


chomelll n sweet like choki-choki..hee




meh tgok video tunang diaorg~~




kita hayati puisi utk si puteri

Dia & Aku Kata
Penulis : Zahiril Adzim

Sayang betul dia kat aku.
Aku buat salah teruk, dia menangis satu malam.
Dan kemudian esok pagi, dia jumpa aku, dia tersenyum.
Kesalahan aku memang tak layak untuk terima senyuman itu.
Apakah memang ada manusia yang murni macam ni?

Dia nak marah, tapi dia nak ketawa.
Dia nak pukul, tapi dia nak ketawa lagi.
Dia nak tunjal kepala aku, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak lepaskan kemarahan dia, tapi dia takut aku terasa.
Dia nak merajuk, tapi dia nak berbual dengan aku.
Dia nak paling muka, tapi dia nak tengok muka aku.
Dia nak menangis, tapi dia tak nak bersedih masa tu.
Dia nak maafkan aku sebab dia nak terus sayang aku.

Dia kata aku bodoh, aku kata, memang.
Dia kata aku tak fikir, aku kata, tu lar pasal.
Dia kata aku tak guna otak, aku kata itu betul.
Dia kata aku bangang, aku kata paling bangang.
Dia kata aku jahat, aku kata takda niat.
Dia kata aku takut bila buat salah, aku kata takut gila.
Dia kata dah agak dah, aku kagum dengan firasat dia.

Dia dah tak tau nak kata apa, aku kata,
jangan kata apa, pukul je.
Dia dah tak nak pukul, aku kata maaf.
Dia tanya dah makan? Aku kata nak makan sama.
Dia kata jom.
Aku kata dalam hati..
"Tuhan, kalau betul dia jodoh,
biar aku lawan untuk jodoh ini!"





lagiiii.....



Dicuri Untuk Mencuri Buat Pelengkap Rusuk Kiri
Penulis : Zahiril Adzim

Bersusun buku,
Bersusun DVD,
yang satu pun tak baca lagi,
yang satu pun tak tengok lagi.

Macam biasa.

Masa aku dicuri lagi demi mencuri hati, seorang puteri.
Buat pengubat hati juga pelengkap rusuk kiri.

Aku janji.


one more pleaseeee.....


Lepaslah Perempuan Itu
Penulis : Zahiril Adzim
Semalam aku dengar suara perempuan jerit.

Lepaslah. Lepas. Lepaslah. Lepaslah.

Dari rumah tingkat atas. Disusuli dengan beberapa bunyi tamparan dan pukulan. Aku, temanku dan beberapa orang Pak Guard, mendongak dalam gelap malam, terpinga - pinga, melilau mata, tertanya - tanya dalam kepala, siapa, rumah mana, apa dan kenapa.

Lepaslah!

Perempuan itu kena pukul agaknya. Kuat.

Lepaslah!

Dia menjerit sakit. Aku yang mendengar,


perit.



Lalu malam itu juga aku berdoa, walau apa pun terjadi, walau dalam keadaan marah macam mana sekalipun, mohon dijauhkan, mohon jangan dibiarkan syaitan merasuk aku hingga memukul cintaku.


eheeee....romantik kannn...

semoga hubungan diaorg berakhir ke jinjang pelamin dan bahagia selalu~~~~

aku???aku bersyukur sgt dikurniakn suami yg penyayang walaupun tak seromantik seth tan dan zahiril adzim tp dia sgt2 unik dengan caranya tersendiri...ehehe...tQ yang!!!.

tQ kerana bersabar dengan diri ini yg byk songeh!!!ngee...:D
tQ kerana selalu call hanya utk mendengar suara yg gedik ini...weeee...
tQ for everything...arap kita bahagia utk selamanya~~(^_^)v

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Wednesday, 29 June 2011

::Talking Twin Babies::


enjoy....




xtau ape yang diaorg cakap hanya diaorg je paham...they r so adorable n cute...heee


p/s : dpt anak kembar pon best gak kn..eheee...

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

DARAH TALI PUSAT






Tahukah anda bahawa darah tali pusat boleh menyelamatkan anda, keluarga anda ataupun ramai orang lain? 


Tahukah anda ianya bernilai puluhan ribu ringgit?

Malah untuk mencari darah yang “matching” dengan darah anda boleh mencecah ratusan ribu ringgit?

Apakah darah tali pusat atau biasa disebut sebagai “Stem Cells”?

Darah tali pusat (cord blood) atau disebut “placental blood” adalah darah yang berada di dalam salur tali pusat dan uri yang keluar bersama sama dengan kelahiran bayi apabila tali pusat tersebut dipotong.



Darah di dalam tali pusat bayi anda ini adalah sumber “stem cell” yang sangat bernilai yang secara genetiknya unik kepada bayi dan keluarga anda sahaja.

Apakah “stem cells?
Stem Cells ialah “master cells” kerana dari “sel master” inilah terbentuknya pelbagai tisu, organ dan sistem di dalam keseluruhan sistem tubuh kita. 

Sel stem mempunyai kemampuan untuk berubah menjadi kebanyakan jenis sel atau tisu dalam badan manusia yang lain. Stem cell yang ada di dalam “tali pusat” ini adalah “building blocks” kepada darah dan sistem pertahanan yang biasanya akan ditukarkan kepada:

  • Sel Darah Merah
  • Sel Darah Putih
  • Platelets (Sel yang akan memulihkan kecederaan)


Sel stem manusia boleh diprogram untuk menjadi sel otot, sel saraf, sel jantung dan sel darah. Oleh itu, ia boleh diguna untuk menjana sel-sel dan tisu-tisu gantian bagi merawat beberapa penyakit seperti Parkinson, Alzheimer, Leukemia, angin ahmar, serangan jantung, kencing manis, sklerosis multipel, artritis reumatoid dan lumpuh saraf tunjang.

Terdapat dua punca utama untuk sel stem:

Sel Stem Dewasa

Ia boleh diperoleh daripada janin yang gugur, darah tali pusat, sumsum tulang, darah dan otak. Sel-sel ini kurang mampu bertukar menjadi sel-sel khas berbanding dengan sel stem embrionik. Bilangannya agak kurang dan ada kalanya sukar untuk diperoleh (contohnya daripada bahagian otak dan retina mata).

Sel Stem Embrionik

Sel ini diperoleh daripada embrio yang terbentuk akibat persenyawaan luar tubuh (in-vitro fertilisation) ataupun melalui teknologi pengklonan (pemindahan nuklear sel somatik). Terdapat suatu perbahasan moral dan etika yang hangat dan berterusan tentang penggunaan embrio untuk penyelidikan.

Darah tali pusat merupakan punca yang agak baik untuk mendapat sel stem hemopoietik. Kira-kira 100ml boleh membina balik sistem hemopoietik dalam pesakit-pesakit yang kecil; biasanya kanak kanak.


Kebaikan transplantasi darah tali pusat berbanding dengan transplantasi sumsum tulang atau transplantasi darah periferal termasuk:




  • Si penderma tidak perlu memasuki hospital untuk menjalani prosedur pendermaan. Pergerakan sel stem memerlukan ubat, misalnya cyclophosphamide dan G-CSF (untuk penderma darah periferal) dan ubat bius untuk penderma sumsum tulang.
  • Darah tali pusat mempunyai risiko yang lebih rendah untuk menyebabkan penyakit graft vs host berbanding dengan transplantasi sumsum tulang dan darah tepi.
  • Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:
  • Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi.
  • Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.
Transplantasi darah tali pusat pertama berjaya dilakukan 16 tahun yang lalu. Sejak itu, lebih daripada 3,000 transplantasi sudah dilakukan di seluruh dunia. Hanya sebilangan kecil transplantasi dilaporkan di kalangan orang dewasa.

Petunjuk saintifik untuk kutipan dan simpanan darah tali pusat amat sedikit dan kecil. Keluarga yang mempunyai penyakit genetik yang boleh dirawat dengan transplantasi sel stem harus mengutip dan menyimpan darah tali pusat setiap anaknya. 

Kutipan darah tali pusat juga disyorkan dalam situasi-situasi yang tertentu, misalnya:

  • Seorang anak yang menghidap leukemia, supaya adanya bekalan sel stem sekiranya penyakitnya berulang dan dia memerlukan transplantasi.
  • Seorang anak yang memerlukan transplantasi sel stem tetapi penderma yang sesuai tidak ditemui.

Penyimpanan darah tali pusat oleh bank tali pusat swasta berdasarkan premis bahawa sel-sel disimpan untuk digunakan oleh ahli-ahli keluarga dan khususnya untuk anak tersebut sendiri (transplantasi autologus).

Transplantasi autologus menimbulkan masalahnya yang tersendiri kerana sel-sel stem seseorang mungkin tidak dapat mengubati patologi yang menyebabkan penyakit tersebut. 

Dalam kes leukemia dan penyakit kongenital seperti Talasemia dan Anemia Fanconi, memindahkan sel-sel sendiri dengan gen dan struktur imun yang cacat (dan menjadi punca penyakit tersebut) adalah kurang logik kerana ia akan “memulangkan” penyakit tersebut kepada diri sendiri.

Jumlah darah tali pusat yang dikutip pada waktu lahir, iaitu 80-100ml memadai untuk bayi atau si anak kecil. Bilangan sel stem tidak mencukupi sekiranya si bayi memerlukannya pada masa depan di alam remaja dan dewasa.

Oleh itu, konsep “insurans biologi” yang kerap dipromosikan oleh bank tali pusat swasta tidak tepat dan tidak kukuh. Perkiraan aktuari menunjukkan bahawa kemungkinan sel-sel tersebut akan digunakan sangat rendah. Dan juga, keperluan seseorang untuk ditransplantasi dengan darah tali pusatnya sendiri amat kecil.

Sebaliknya, penyimpanan darah tali pusat awam harus diperluaskan bagi kebaikan orang ramai. Kutipan darah tali pusat yang altrusitik (yang menguntungkan orang ramai) dan pendermaan khusus untuk keluarga berisiko tinggi harus digalakkan. 

Bank Darah Tali Pusat Nasional telah ditubuhkan untuk mencapai objektif-objektif ini tanpa kos. Di samping menyimpan darah tali pusat untuk penggunaan sendiri, orang lain yang memerlukan darah tali pusat boleh memanfaatkannya melalui transplantasi alogenik (berbeza dari segi genetik).

sumber :portal pusat maklumat 
rakyat 

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

::WORDLESS WEDNESDAY #1::my lunch today::McD Double CheeseBurger::



sedapkannn...jom lunch kat McD ari nihh...eheee


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W. – 27 Rejab




1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

- Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

- Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan).

- Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

- Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

- Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

- Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

- Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

- Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

- Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

- Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

- Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

- Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

- Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

11. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

111. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S.

1v. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.

v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v1. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

v11. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-’AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

11x. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

1x. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x. Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu’alam.

(Sumber : Kitab Jam’ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1). wallahua’lam..

sumber : oh islam

bila aku bercakap :

SALAM ISRAK MIKRAJ SEMUA.....SEMOGA KEHIDUPAN KITA DIRAHMATI DAN DIBERKATI ALLAH S.W.T ..amin....

take care....da di da di da di duuuuu~~~





terima kasih kerana singgah.datang lagi.

::p.o.k.o.k::


google search

MUH & HAZAMA


da lama tak wat post lagu kesukaan hati...eheee....


mlm ni rasa dengar lagu P.O.K.O.K la...from MUH feat HAZAMA


mybe sbb hazama gk kot tu yg nk denga tu...ahaksssss


jom enjoy..lirik ade sekali lam bidio tu nokkk...hahaaaa...




gud nite peepss...da di da di da di duuuuu~~ hv a wonderful day tomorrow!!


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Tuesday, 28 June 2011

:: Wordless Tuesday - Happy Tuesday ::

sedapkannnnn...nyum2...ceriakan hari selasa anda dengan walls fruit salad..yummy pummy!!! semoga segala urusan anda berjalan lancar...wehuu~~


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

::Lelaki Ugut Bekas Isteri::



KAJANG: Seorang suami yang ‘gila talak’ selepas bercerai setahun lalu mengikut bekas isterinya itu ke mana saja bagi memastikan tidak mempunyai teman selain mahu rujuk semula.

Tindakan itu menyebabkan isterinya yang berusia 34 tahun membuat laporan polis selepas tidak tahan diekori dan diugut akan dicederakan jika tidak mahu menerima bekas suaminya itu kembali.


Terbaru, di Taman Tenaga, di sini, malam kelmarin, bekas suami wanita itu sekali lagi mengugutnya menyebabkan mangsa nekad membuat laporan polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

sumber :mymetro

bla aku bercakap :

ishhh...mcm2la sekarang ni...x boleh ke dalam sehari dunia ni aman ade je nak gaduh2..haihhh...

ms bercinta nk kawen...bla da kawen nk cerai...bla da cerai nak rujuk...kalo wat cara baek kn elok...ni tak maen ugut2 plak...eee....dpt kat aku WACHHAAAAA!!! jek..


hee..ckp je lebehhh..tp x brani kot..hoho..arap2 benda ni x jd kat aku n family aku....ee..takottttt!!!

aku x nak tau la sape yg slh dlm hal umah tangga diaorg ni...arap2 dapat selesai cara elok dan aman...

semoga semua org bahagia selaluuuuuuu~~~~

ep..ep...Taman Tenaga ni tempat tinggal aku dulu..huhu..rindu kenangan lama keje d UKM...miss my exhousemate!!!




terima kasih kerana singgah.datang lagi.

::Datuk Dr Sheikh Muszaphar Lindungi Anak Menerusi CellSafe::


DITULIS OLEH WAHIDA OTHMAN    

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor (kiri) menandatangani poster kempen tanda sokongan sambil diperhatikan oleh isteri Dr Harlina Mohd Yunos dan Pengarah Eksekutif CellSafe International Lau Kim Wai (kanan)

Masyarakat Malaysia rata-ratanya masih belum mengetahui apa sebenarnya kebaikkan yang terkandung dalam darah tali pusat bayi, namun bagi pasangan doktor popular, Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan isterinya, Datin Dr. Halina ini, mereka berdua memilih Cellsafe Internasional sebagai satu institusi yang bertanggung jawab untuk menyimpan darah tali pusat anak sulung mereka nanti.

CellSafe adalah sebuah instutusi yang menawarkan pengalaman yang berkualiti dan akses kepada teknologi penyimpanan kriogenik era moden yang mempu memberi anak-anak peluang kedua apabila berhadapan dengan keadaan yang boleh membawa maut.

Mendapat lesen daripada Kementerian kesihatan, mereka juga menyediakan perkhidmatan untuk penjagaan dan pengumpulan sel stem daripada darah tali pusat.

Senang bekerjasama dengan mereka, jelas Dr Sheikh Muszaphar mereka menganggap CellSafe sebagai satu insurans yang terbaik untuk masa depan anak mereka.

"Ia seumpama insurans untuk anak saya, kerana darah tali pusat ini boleh digunakan untuk merawat pelbagai penyakit yang boleh mengancam nyawa, mungkin agak sukar untuk kita menyimpannya sendiri, jadi CellSafe mampu membantu kita dengan menyimpannya ditempat yang terbaik.

"Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada bayi dimasa-masa depan, jadi ini merupakan persediaan yang baik untuk mereka,"jelasnya yang kini bertugas di Hospital Universiti Putra Malaysia, Serdang.

Bercerita tentang perkara itu, jelas Dr Sheikh Muszaphar, ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang tidak sedar tentang kepentingan perkara ini.

"Kaedah ini sangat mudah, dan ianya sememangnya bagus namun, tidak ramai yang tahu tentangnya. Semoga dengan pembabitan kami ini akan membantu memberitahu masyarakat semua mengenai kebaikkan menyimpan darah tali pusat ini,"ujarnya.

Pada ibu bapa yang mahu mengetahui dengan lebih lanjut mengenai CellSafe International dan kelebihan-kelebihannya, bolehlah melayari laman web www.cellsafegroup.com dan www.parenthood.my



sumber : manggaonline

bla aku bercakap:

wah tertarik betul aku ngn program ni..yela walau pon xde anak g..tapi pasal parenting issue ni aku cukup alert..


aku tak tau ape benda la darah tali pusat ni so aku pon google la...aku jumpa nih...


Regenerative medicine is the next evolution of medical treatments. This revolutionary technology has the potential to develop therapies for previously untreatable diseases and conditions. Examples of diseases regenerative medicine can cure include diabetes, heart disease, renal failure, osteoporosis and spinal cord injuries." - National Institutes of Health

Cord Blood Banking with Cell Safe Bank

helps you protect your baby - and enjoy peace of mindWith Cell Safe Bank, you can feel secure knowing you've chosen the largest, most experienced cord blood bank - the #1 choice of Ob/Gyns. By banking your baby's cord blood stem cells you could benefit from breakthrough uses and be prepared for the unknowns in life. Stem cells are showing promise in the treatment of brain injury and juvenile diabetes and have already been used to treat nearly 70 diseases, saving many lives.


aku tak paham sgt pe bende ni...xpe2 aku wat research n tanya yg pakar dlu..t aku da paham aku wat post laen..


tp for sure menyimpan darah tali pusat kat cni kos dia tinggi..yg menyimpan pon stok celebriti yg kaya raya..uisshhh kalo aku kaya raya pon nk gk wat cm ni..kta pon xtau ape akan jd kt anak2 dlm proses tumbesaran mereka..kiranya menyimpan untuk saat kritikal anakla..huhu..


hah...ada brani??xpe2 kita survey2 dulu..kalo mampu menyimpan la..kalo x mampu jga la anak leklok...huhu...haishh mcm da ada anak la plak....amin...coming soon ye abahnyerrr...ahakkksssss.....

da di da di da di duuuuuuu~~~

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...