Friday, 22 July 2011

Gadis OKU buang bayi


GAMBAR HIASAN DARI EN GOOGLE

KOTA TINGGI: Selepas menyusukan dan meletakkan bayi baru dilahirkannya di belakang rumah didiami bersama keluarga di Teluk Sengat di sini, seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 23 tahun dikatakan sanggup membuat helah mengejutkan ibunya dengan memberitahu terdengar tangisan bayi, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, ibu wanita berkenaan panik terus mengejutkan suaminya sebelum mereka menemui bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan bogel di tepi longkang rumah mereka. Bagaimanapun, helah wanita OKU berkenaan yang mengalami kecacatan di kaki dan mata akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis, kira-kira jam 8 malam di rumah keluarganya selepas dipercayai terbabit melakukan perbuatan itu. Difahamkan, kejadian itu kali kedua wanita berkenaan melahirkan bayi luar nikah hasil hubungan haramnya dengan teman lelakinya warga Nepal selepas dua tahun lalu turut melahirkan bayi luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki warga Indonesia.


Menurut wanita itu, dia melahirkan bayi berkenaan seorang diri kira-kira jam 12.30 tengah malam dalam bilik tidur di rumah keluarganya.


“Ibu bapa saya tidur di bilik sebelah manakala adik bongsu pula di ruang tamu tidak menyedari kelahiran berkenaan.


“Sejurus selepas bersalin, saya sempat menyusu dan mendakap bayi saya sebelum senyap-senyap keluar ke belakang rumah lalu meletakkan bayi itu di tepi longkang rumah,” katanya, semalam.


Difahamkan, ketika ditemui, bayi berkenaan masih bertali pusat selain dipenuhi kesan darah sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.


Menurut wanita itu, ketika polis dan kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian, dia yang memakai jean turut membantu membersihkan semut pada muka bayinya itu.


“Keluarga tidak mengetahui saya hamil kerana biasanya keluar rumah seawal jam 5 pagi untuk bekerja di sebuah kilang di Ulu Tiram sebelum pulang pada lewat malam.


“Pada masa sama, saya turut memakai pakaian bersaiz besar bagi mengelak tembelang hamil anak luar nikah diketahui keluarga,” katanya.


Katanya, ini kali kedua dia melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya warga Nepal manakala anak luar nikah pertamanya lahir hasil hubungan dengan seorang lelaki warga Indonesia diserahkan kepada satu keluarga untuk dipelihara.


Pengarah HKT, Dr Maslina Yusof ketika ditemui mengesahkan bayi itu dilaporkan dalam keadaan sihat dan diberi rawatan antibiotik bagi mengelak sebarang jangkitan.


“Bayi lelaki berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas rawatan selesai,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.


“Wanita terbabit direman empat hari hingga Ahad ini dan sudah dihantar ke HKT untuk rawatan perubatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

Oleh Ahmad Othman
am@hmetro.com.my



adui..terkilan nye..nape la gitu...tak serik2 gak la...sumthing have to be done to that gurl. she need more attention then she get before...tapi taste dia agak internationale knn~~hmmm...

arap sangat gadis tersebut insaf dan mengambil iktibar di atas apa yang berlaku...hasihhh tak tau nak cakap pe...sedey...jangan la musnahkan kehidupan remaja tu dengan benda seronok yang hanya sementara. nanti nyesal. pikir la masak2 sebelom wat keputusan ye!! susah2 kawen je la..syok tau kawen..hiks :p

mudahnyer dia nak dapat anak....ya Allah kurniakan zuriat kepada ku jua..:(

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

nape pakcik driver van sekolah terjerit-jerit di jalan???





assalamualaikum~~


tadi g jemor baju.... heee...(kantoi nak masuk tgh ari baru jemor baju..pagi tadi ada hal g avon jap heee...ade orang order barang..ok enuff..)..hiks...


pastu terdengar dari jauh van sekolah dengan bunyik enjin yang bising dan pakcik driver yang terjerit2...


saya pon jenguk...ye la mana tau jadi pape kan leh la jadi saksi...wahhh....


pakcik tu jerit..."jangan...jangann...oiii....sabarrrrrr!!!"


nape dia jerit?????


budak yang dia nak drop lagi 2-3 umah sebelom sampai umah budak tu, budak tu sebok nak buka pintu van...haissshhhh...bahaya sungguh...lagi2 kalau budak2 yang suka main tolak2 tu tak pasal2 jatuh kan...ish ishhh...


pikir gak nape dia tak kunci je pintu, tapi budak sekarang bukan tak reti nak buka lagi2 van style lama. tarik je senang~~


budak zaman sekarang memang sangat bijak dan cepat je nak cam places.lagi2 places yang diaorang biasa lalu dan pergi.


aku agak pakcik tu pon terasa kot tekanan driver yang kena hentam semalam akibat kemalangan yang di alami oleh adik haziq yang cedere parah kene seret van tu...


baca SINI ek


so as conclusion: arap2 parents pon bagi kerjasama n educate their children to behave well wherever they go especially when they are not under their parent's supervision...


yela masing2 pon sayang anak, masing2 pon tak nak berlaku pape kat anak masing2 kannnn~~


tapi respect gak kat pakcik driver tu dia stop dan tunggu budak2 tu masuk area rumah dulu baru dia jalan siap hon kuat2 dan banyak kali so si ibu dalam umah perasan anak diaorang da balek. arap2 ape yang buat tu berpanjangan la...jangan sebab ada kes je baru nak berhati2~~


so parents jangan mengharap kan perubahan kerana perubahan hanya bermula dari diri sendiri!!! kita tak boleh harap driver semua ok..tapi kita boleh remind anak2 jangan nakal2 je...heee...


arap2 kes yang berlaku kat adik haziq tak akan berulang lagi...amin...take care uollsss (^_^)v 


zaman aku sekolah dulu,pakcik van yang bukak pintu..kecik2 da jadi datin...heee...zaman sekarang semua orang nak cepat..hmmm~~




terima kasih kerana singgah.datang lagi.

gambar majlis perkahwinan Rini AF7





tahniah kepada RINI AF7 dan somi~~~


semoga bahagia hingga ke anak cucu cicit piut dan semuala...


ok...enjoy the fotos..:)


















suka sgt2 pelamin dia...cantek gilaaaaa...hihi... cuba tgok first foto...best giler kalau bersanding duduk gitu kan...orang renjis2 kita duduk macam taiko atas tu...haha...angan2 jela..tak pasai2 kene hempuk ngan orang tua~~ 

pape pon rini sangat2 gojes ngan pilihan baju pengantin dia...walaupon tak penah tau dia nyanyi lagu pe..tapi tau la dia pengacara game show kat astro oasis tu...dan tak penahla follow dia pon even masa af..huhuuu..

semoga rini dan joe bahagia,dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah...amin~~


kredit to : mentari kreatif (rasa ni wedding planner diaorang kot)- memang sangat kreatif hasil kerja diaorang~~ape g pegi la terjahhhh!!!!


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Thursday, 21 July 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER





assalamualaikum...


heee...BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER?


ye saya lah salah seorang dari blogger baru tersebut!!!


blog ni baru SEBULAN 1 MINGGU 5 HARI. check tickers kat bawah skali.TQ..current followers 393..wow nice number...ehe...tQ kawan2 yang sudi follow memfollow..heee~~


wat blog ni saje suka2 sebab tak keje. nak isi masa lapang. tapi lama2 jatuh chenta plak so memang kalau boleh hari2 kene update tak kisah la ape kadang2 lagu ke video ke tu kalau malas sangat nak taip la kan.


content dalam blog ni boleh dikatakan rojak la...macam2 ada...tapi rasa personal life setakat nak bagitau pagi tadi beli beras dekat giant ok bye tu tak de la kot melainkan ada issue disebalik beli beras tu..heee~~ kebanyakan nya isu semasa..berita terkini disertakan sekali review diri sendiri, gosip retiss...dan lain lain lagi :p


first week wat blog nih memang tak ada orang baca melainkan diri sendiri,  kawan dan sedara tu pon tak ramai tak sampai 10 kot haha..sendiri baca sendiri tulis..sampai la jumpa geng blogger. kat situ try la promote blog ajak orang singgah..macam malu pon ade sebab masa tu content blog pon agak hampeh la...hiks~~even sekarang pon tapi kurang sikit kot....mula2 dulu ajak orang, pastu orang komen..
"blog baru ye?"....


" pengantin baru blog baru..haha..."..erk...ye..tapi tak yah la gelakkan...sob sob...


lagi orang komen cam ni 


" blog baru patut la~~~macam tak best" 


hmmm...masa tu blog ni nampak sangat tak cantik, nampak serabut sangat2. masa tu kotak2 ni tak de g...puas gak la godek2 dan edit html cari blog senior2 carik tutorial2 cam ne nak cantik kan blog..alhamdulillah boleh la nak kata cantek takde la tapi more organize then before.


tapi terima kasih atas kritikan2 sebab kalau tak de orang kritik tak de la perubahan sampai bila2 syok sendiri ngan blog yang serabut nih..heee...alhamdulillah sekarang ada orang sudi singgah, komen and baca blog nih..terima kasih ye!!!!! 




arap2 kawan2 sudi2 la datang selalu ye memeriahkan blog ni...sape2 yang tak rajin nak baca paper even online paper pon boleh la baca kat sini tapi saya tak review semua la cerita penting dan yang bagi pengajaran je...


gosip artis pon banyak...cita2 nak jadi wartawan hiburan..ahahaa...boleh ka??? jangan lupa like and follow!!! tapi kalau rasa tak puas hati ngan blog ni ke bole la bagitau tapi amaran sila jangan guna BAHASA KESAT..kang kite repot kat mak kite..*mak kite cakap jangan wat jahat ngan orang*...hee terima kasih daun keladi nanti2 blogwalking lagi~~~


saya sangat suka blogwalking. sape datang blog saya dan tinggalkan jejak insyAllah saya akan balas singgahan anda...(^_^)v


korang nak join segmen ni klik SINI ek...


insyaAllah blog ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa so more bloggers-friendly...:) ingat nak tukar background tapi tak tau yang macam mane seswai.nanti2la..hekss....


da di da di da di duuuuuu~~~

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Murid Taska Parah Diseret Van


IPOH: “Tolong wan, adik sakit..., tolong adik...,” jerit kanak-kanak berusia tiga tahun kepada neneknya selepas diseret sejauh hampir 100 meter oleh van dinaikinya menyebabkan kulit kepalanya terkoyak sehingga menampakkan tempurung kepala, pagi kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 11.30 pagi di Bandar Baru Putra, Bercham di sini, turut mengakibatkan Muhammad Haziq Aqasha Muhamad Sazali, cedera di perut dan tangan kirinya. Mangsa diseret di depan neneknya, Timah Sukaimi, 70, yang sedang menunggu di pintu untuk menyambut kepulangan cucunya taska.

Menurut Timah, ketika kejadian dia mahu membuka pagar sebelum dikejutkan dengan jeritan Muhammad Haziq. “Saya sangka adik (nama timangan mangsa) diculik kerana dia tidak kelihatan di tepi jalan selepas van dinaikinya bergerak pergi. “Jeritannya bertambah nyaring menyebabkan saya panik dan seperti orang tidak siuman mencarinya sekitar kawasan rumah,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.

Warga emas yang uzur dan berjalan menggunakan tongkat itu hampir pengsan selepas dimaklumkan jiran yang turut terdengar jeritan itu bahawa cucunya diseret van.

Kejadian dipercayai berlaku apabila beg galas dibawa mangsa tersangkut pada pintu van ketika menutupnya dan pemandu van yang menyangka mangsa sudah turun, memecut kenderaannya.

Tindakan pemandu van itu menyebabkan Muhammad Haziq terseret sejauh hampir 100 meter di bahagian bawah kenderaan dalam keadaan terbaring.

Mujur tindakan berani seorang wanita yang juga jiran keluarga mangsa melangkah ke tengah jalan untuk memberhentikan van itu berjaya menyelamatkan Muhammad Haziq daripada maut.

Pemandu van, seorang lelaki berusia 50-an mendakwa tidak mendengar jeritan mangsa ketika ditanya jiran wanita itu.

Jiran itu kemudian meminta orang ramai mengangkat mangsa yang meraung kesakitan ke dalam van sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan. Bapa mangsa, Muhamad Sazali Yahaya, 30, anggota Batalion 1 Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta berkata, jirannya itu memaklumkan kejadian berkenaan kepadanya.

“Dia terlebih dulu memberitahu kejadian itu kepada ibu saya (Timah) sebelum menghubungi saya yang ketika itu berada di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) bagi menghantar makanan kepada isteri yang bertugas sebagai jururawat di sana.

“Saya bersama isteri bergegas ke klinik berkenaan dan luluh hati kami melihat keadaan anak yang meraung kesakitan. Saya cuba tabahkan diri untuk menenangkan perasaan, tetapi gagal,” katanya sebak.

Muhamad Sazali berkata, dia bertambah sayu selepas Muhammad Haziq meminta dia dan isteri berhenti menangis.

“Haziq pintar biarpun baru berusia tiga tahun lima bulan. Dalam keadaan sakit dia masih sempat menasihatkan saya dan isteri supaya jangan menangis kerana dia tidak mahu mati lagi,” katanya.

Berikutan kecederaan parah dialaminya, Muhammad Haziq dimasukkan ke bahagian kecemasan HRPB sebelum menjalani pembedahan.

Muhamad Sazali berkata, menurut doktor, anaknya mungkin mengalami kecacatan kekal pada dua jari tangan kirinya selepas urat saraf di bahagian itu hancur dan putus.

Pembedahan awal yang dilakukan ialah untuk mengambil cebisan kulit paha bagi ditampal pada perutnya.

Muhamad Sazali tidak menolak kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemandu van terbabit, namun tumpuannya kini ialah terhadap anaknya yang bakal menjalani satu lagi pembedahan plastik bagi menutup tempurung kepala.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali
am@hmetro.com.my





ciannye dia...da la pandai plak tu... semoga famili haziq tabah dan sabar menghadapi dugaan ni. ye la malang tak berbau kan. semoga adik haziq cepat sembuh....amin

tapi kan...memang selalu nampak van sekolah after drop budak2 depan umah pecut laju dengan bunyik enjin bising nye...ntah pape...tapi ade jugak pakcik yang bawak cermat bukan asal sampai je. arap2 lepas ni adela garis panduan etika pemandu bas ke, lori ke, van ke, teksi ke..lagi2 yang bawak penumpang...sesetengah tu langsung tak CONSIDERATE. diaorang pikir diaorang je nak cepat..eee...tak paham betul..



terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Jerat SMS Gambar Seksi


ok..korang mesti ingat orang amek gambar sexy mexy guna henpon pastu henpon hilang pastu orang tak bertanggungjawap ugut mintak duit kalau tak dia sebar kat internet..

bukan..bukan...

sila baca ye.

haippp....jangan malas...

membaca jambatan ilmu..~~~weeeee


gambar hiasan dari bang google

KEPALA BATAS: “Helo sayang, esok sudah nak bertolak, saya telah tinggal msj (mesej) gambar untuk kamu,” begitulah kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima seorang lelaki.

Bagaimanapun, SMS itu bukan dihantar isteri kepada suaminya tetapi dipercayai taktik terbaru pihak tertentu cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah melalui kiriman pesanan berkenaan yang menawarkan gambar wanita seksi kepada pemilik telefon bimbit secara rambang.

SMS itu sengaja dihantar dipercayai bagi memperdayakan lelaki melihat gambar wanita seksi membolehkan kredit panggilan mereka dipotong sebaik membalas SMS untuk pendaftaran.

Penerima SMS berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zainal, 35, berkata, dia menerima beberapa mesej menawarkan gambar wanita memakai bikini dari beberapa nombor telefon bimbit tidak dikenalinya.

Katanya, pada mulanya dia tidak mempedulikan SMS itu kerana menganggapnya seperti SMS yang menawarkan hadiah.


“Beberapa hari kemudian saya dapat SMS sama daripada nombor berlainan menawarkan gambar wanita seksi.

“Saya balas mesej seperti diarahkan kepada nombor 32*** dan mengejutkan apabila kredit dipotong RM4 sebaik mendaftar.

“Bagaimanapun, gambar itu tidak diterima menyebabkan saya mengesyaki ia penipuan, pihak tertentu” katanya.

Menurut Zainal, dia belum membuat aduan kepada mana-mana pihak tetapi berharap pihak berkaitan dapat memantau syarikat telekomunikasi yang cuba memerangkap orang ramai melalui SMS.


Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seberang Perai Utara, Mohd Nasri Hassan berkata, taktik menghantar mesej kepada pemilik telefon bimbit itu satu bentuk penipuan.

“Kami belum menerima aduan berhubung perkara itu dan mereka yang menerima mesej seperti itu boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), kerana ia dibawah bidang kuasa agensi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi SKMM Wilayah Utara, Ismail Othman, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memanjangkan isu itu kepada Forum Pengguna Malaysia untuk tindakan lanjut.


Oleh Zulfa Mohamad 
am@hmetro.com.my


video


heee...nak cakap padan muka boley???hekss...untuk abe tersebut...tak yah nak gatai sangat la kan...pantang je ek..kalau dapat gamba tu...agak2 nak kecoh ke tak??hmmm....amboi~~~

amek la pengajaran ye...papepon mesej menang juta2 ke..dapat cabutan bertuah ke...gambar and video sexy mexy ke..menipu je smua tu!!! jangan mudah percaya dan TERGODA. rezeki tak datang bergolek. 

ingat cakap gina kat lam vidio tusss...aaaaaaaaaa~~~~


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Wednesday, 20 July 2011

Sepasang kekasih tinggal bayi atas bonet


random foto from google-comel giler dak nih...nak cium dia..muaahhhh

KOTA TINGGI: Gara-gara panik, sepasang kekasih sanggup meninggalkan bayi baru dilahirkan teman wanitanya di atas bonet kereta seorang penduduk di FELDA Sungai Mas, di sini, 30 kilometer dari tempat bayi malang itu dilahirkan iaitu dalam sebuah ladang kelapa sawit.


Kejadian berlaku Khamis lalu apabila wanita berusia 20 tahun dikatakan dalam perjalanan dari Pengerang ke Hospital Kota Tinggi untuk bersalin, merasai kesakitan mahu melahirkan anak pada jam 3 pagi.


Pasangan itu mengambil keputusan berhenti di lorong dekat ladang sawit FELDA Air Tawar 3 di sini, sebelum wanita terbabit melahirkan bayi lelaki dalam semak dengan berbidankan teman lelakinya berusia 25 tahun.

Panik dengan kejadian itu, mereka kemudian berpatah balik menghala ke Pengerang dan meninggalkan bayi yang dipenuhi darah serta bertali pusat itu atas bonet kereta penduduk di FELDA Sungai Mas.

Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Muhammad Shamsuddin, berkata bayi terbabit ditemui lelaki ketika menghantar anaknya ke sekolah jam 7 pagi.

“Penemuan bayi itu menggemparkan penduduk di kawasan itu menyebabkan ibu bayi terbabit datang ke hospital untuk melihat bayinya sehari selepas itu. Ketika ditanya pengurusan hospital, wanita terbabit mengaku meninggalkan bayi itu selepas dilahirkan dalam semak ladang sawit terbabit dan pemeriksaan turut mendapati dia memang baru melahirkan anak,” katanya. 


Berikutan itu, wanita yang berasal dari FELDA Tunggal itu ditahan untuk siasatan lanjut. Polis turut menahan teman lelakinya dari Kampung Teluk Empang dekat Pengerang untuk membantu siasatan.


Oleh Azidan Nahar 
azidan@bharian.com.my
2011/07/20


aduii...rasa geramnye...cian baby...senangnye dia letak gitu je...naseb baek ade gak hati nak jenguk semula.. harap2 baby tu tak papela ye..semoga membesar dengan sihat dan jadi orang yang beriman..amin. buat si pelaku2 tersebut semoga kamu insap dan belajar dari kesilapan.semua orang ada sejarah dan kesilapan masing2.amekla iktibar di atas apa yang berlaku. semoga kejadian ini menginsafkan kita.


senang nye mereka dapat baby. nak baby jugak T_T.

korang doakan aku!!!!!

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Giveaway : 5 sets of Skinz UV White Skin Whitening Starter Kit



jom join giveaway...nak try luck lagi..ehe...








hadiah dia macam yang dalam gamba tu tau...wee...


good luck for me!!!


nak join klik SINI
terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Kemalangan Maut Pegawai Muda TUDM Di Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis

NGERI...keadaan kereta yang dinaiki Mohd Zulhelmi hancur selepas merempuh pembahagi jalan, semalam. Gambar kecil, Mohd Zulhelmi

ARAU: Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang baru tiga hari ditauliahkan sebagai Leftenan Muda di Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (KTU) Kepala Batas, Alor Setar, Sabtu lalu, maut dalam satu kemalangan ngeri apabila kereta dipandunya terbelah dua di Kilometer 21, Lebuhraya Changlun-Kuala Perlis, berhampiran Kampung Katong di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi, mangsa, Mohd Zulhelmi Mohd Yusof, 21, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, akibat kecederaan parah di kepala dan badan.


Dalam kejadian itu, tiga rakan mangsa iaitu Muhammad Amir Mohamed Ariffin, 21; Melati Kamarudin, 20; dan Ku Shahida Ku Shali, 22, parah selepas patah kaki dan cedera di muka.


Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Mohd Nadzri Hussain berkata, mangsa yang berasal dari Teluk Intan, Perak, dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Kangar untuk menghantar Melati dan Ku Shahida.


Mohd Zulhelmi dan Muhammad Amir baru ditauliahkan sebagai pegawai TUDM, manakala dua rakan wanita itu pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negeri itu.


“Mereka dipercayai baru selesai menghadiri majlis jamuan bagi meraikan pentauliahan itu di Sungai Petani, malam kelmarin,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.


Mohd Nadzri berkata, mangsa yang memandu kereta Perodua Viva itu dipercayai mengantuk sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.


Katanya, keadaan kereta mangsa hancur di sebelah kanan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan kecederaan bahagian dalaman, manakala dua lagi rakannya patah kaki dan seorang lagi cedera di muka.


“Mangsa yang cedera parah akibat rempuhan kuat di sebelah kanan kereta itu disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke HTF.


“Rakan mangsa juga dihantar ke HTF bagi mendapat rawatan susulan dan sehingga semalam keadaan ketiga-tiga mereka dilaporkan stabil,” katanya.


Menurut Nadzri, keluarga mangsa dan pihak TUDM sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan sebaik selesai urusan bedah siasat, jenazah mangsa dituntut pihak TUDM bagi urusan selanjutnya tengah hari semalam.


“Kereta pegawai tentera itu akan dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.


Oleh Shamsul Munir Safini
shamsulmunir@hmetro.com.my


AL-FATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM.SEMOGA ROHMU DICUCURI RAHMAT. TAKZIAH UNTUK KELUARGA ALLAHYARHAM.SAYA DOAKAN KAWAN-KAWAN ALLAHYARHAM YANG TERLIBAT SEKALI SEMOGA CEPAT SEMBUH DAN PULIH SEPERTI BIASA.


PESANAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN KAWAN-KAWAN SAYA: BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. DONT SLEEP AND DRIVE.(^_^)? TAK LAMA LAGI SEMUA ORANG SEBOK NAK BALEK KAMPUNG UNTUK HARI RAYA KAN.HATI-HATI YE!!




terima kasih kerana singgah.datang lagi.

::Sebab Hutang Dapat 39 Jahitan::


gambar hiasan dari encik google :p


KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 22 tahun terpaksa menerima 39 jahitan di seluruh badan selepas kedua-dua tangan, kaki kiri dan belakang badan dikelar dengan pisau oleh dua lelaki juga kenalannya kerana gagal melunaskan hutang, petang Jumaat lalu.

Difahamkan, mangsa meminjam wang daripada suspek sebanyak RM13,000 dan sehingga kini, sudah membayar RM5,000.

Ketika membuat pinjaman berkenaan beberapa bulan lalu, mangsa turut mencagarkan rim kereta berharga RM4,000 dan motosikal jenis skuter jenama Gilera bernilai RM9,000 kepada suspek.


Namun, suspek yang berusia 20-an dikatakan tidak berpuas hati apabila mangsa gagal melunaskan hutang seperti ditetapkan menyebabkan mereka datang ke rumah mangsa di Taman Datuk Senu, di sini, kira-kira jam 3.30 petang, untuk bertemu sebelum dipaksa membayar RM30,000 kepada mereka.

Sumber polis berkata, sebaik tiba di rumah mangsa, seorang daripada mereka meminta izin daripada bapa mangsa untuk bertemu anaknya itu. Bapa mangsa membenarkan dua suspek terbabit masuk ke dalam rumahnya sebelum keluar bekerja.


“Sebaik menemui mangsa yang sendirian di rumah, suspek merampas telefon bimbit dan komputer riba milik mangsa. Mereka kemudian memaksa mangsa masuk ke dalam sebuah kereta jenis Myvi dan dibawa meninggalkan rumahnya,” katanya.


Beliau berkata, ketika dalam kereta berkenaan, seorang daripada suspek menutup mata mangsa menggunakan kain hitam.


“Kain yang menutup mata mangsa hanya dibuka selepas dia dibawa ke sebuah bilik (lokasi tidak pasti). Seorang daripada suspek kemudian mengarahkan mangsa membayar RM30,000 wang yang dipinjam mereka.


“Ketika itu, mangsa hanya mampu menggelengkan kepala kerana dia dikatakan hanya membuat pinjaman sebanyak RM13,000,” katanya.


Sumber berkata, seorang daripada suspek kemudian mengelar kedua-dua tangan, belakang badan dan kaki kiri mangsa manakala rakannya pula meletakkan parang di lehernya.


“Ketika itu, mangsa hanya mampu menahan kesakitan. mangsa sekali lagi dipaksa membayar hutangnya.


“Jika enggan, suspek akan bertindak membakar lori milik bapa mangsa selain menyerang tempat keluarganya berniaga,” katanya.


Katanya, selepas puas ‘didera’, mangsa dibawa ke sebuah stesen bas di Cheras, di sini, sebelum ditinggalkan di kawasan berkenaan selepas suspek merampas kad ATM miliknya.


Difahamkan, dua suspek terbabit akan berjumpa semula dengan mangsa kira-kira jam 10 pagi, keesokan harinya untuk menuntut hutang selain geran motosikal yang dicagarkan kepada mereka.


Sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini, kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya.


Mangsa yang dibawa ke hospital dilapor menerima 39 jahitan akibat kesan kelar berkenaan.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.



sumber : myMETRO


Apekah???

muda lagi tapi hutang banyak...hutang belajar kah? hutang duit nak bayar bil hospital ka?

entahla...untuk ape duit sebanyak tu aku pon tak tau...arap2 untuk kebaikan.*think positif plissss*. ok!

arap2 duit yang dipinjam tu berbaloi sehingga mendapat 39 jahitan....uiisshhhh...banyak tu~~~

kadang2 orang sekarang sanggup hutang keliling pinggang sebab nak nampak bergaya dan trendy....hmmm..

semoga mamat tadi cepat sembuh dan insaf di atas kejadian. berfikir sebelum berhutang. bukan senang nak senang!bukan susah nak susah~~~

arap2 kawan2 dia pon bawak2 la berubah...tak pasal2 gelap masa depan sebab duit RM13000. tak berbaloi!! lain kali nak pinjamkan duit wat perjanjian bertulis k!! in case ade pape, ada gak back up...heee...         peace yo!

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

::kupilih hatimu::

pagi ni rasa nak berjiwang la..hekss~~~

dari tadi duk ulang lagu yang sama..

meh nak share my playlist


  • Zhifilia : Aishiteru
  • Ussy ft Andhika : Ku Pilih Hatimu
  • Colbie Calliat : I Do
  • Arrora Salwa : Ahmad
  • Najwa Latif : Cinta Muka Buku
  • Dadali : Di Saat Mencintaimu
  • Fynn Jamal : 150 Juta Kali
  • Nikita Willy : Ku Tetap Menanti

lebih kurang ada 8 lagu duk ulang dari pukul 8.00 tadi...heee....ulang sampai bosan~~

but my ultimate faveret is

*drum roll plissss*

Ussy ft Andika : Ku pilih hatimu




serius romantik..alamak rindu sudaaa~~~ heee....


Kupilih Hatimu.. Tak Ada Ku Ragu..Mencintamu adalah hal yang terindah dalam hidupku oh sayang..kau detak jantung hatiku..setiap nafasku.. hembuskan namamu..sumpah mati.. hati ingin memilihmu..dalam hidupku oh sayang..kau segalanya untukku..Janganlah jangan kau sakiti cinta ini..sampai nanti.. disaat ragaku sudah tidak bernyawa lagi..dan menutup mata ini..untuk yang terakhir..setiap nafasku.. hembuskan namamu..sumpah mati.. hati ingin memilihmu..dalam hidupku oh sayang..


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...