Saturday, 30 July 2011

SEGMEN 3 JAM JE

jom join..da nak close pon jam 11 malam nih..hiks


3 jam je... nak join klik header ni k!






ok tu je...senang kan..serang sekaranggggg!!!




terima kasih kerana singgah.datang lagi.

10 Best Places To Visit In Dubai


ok..jom kita menjamu mata tengok tempat menarik wajib pergi kalao korang nak melancong kat DUBAI.. 



penat rasanya baca berita-berita yang menyayat hati yang berlaku disekeliling kita ...hmmm...lagipon aku rasa benda ni menarik untuk dikongsi bersama..hiksss


Dubai is one of the seven emirates of the United Arab Emirates and is located south of the Persian Gulf on the Arabian Peninsula. It has the largest population with the second largest land territory by area of all the emirates, after Abu Dhabi. In the country’s legislature, only Dubai and Abu Dhabi have the veto power over the critical matters of national importance. In 2007, Dubai was the 8th most visited city of the world and it is expected to accommodate over 15 million tourists by 2015.


 It is a great place for tourism and is famous world over. The primary activity of the tourists is shopping but there are also other modern and ancient attractions in Dubai which are a tempting factor for the tourists to visit this place.
Let us see some of the worth seeing places in Dubai. These places are not numbered in the increasing order of their attractiveness because everybody has his own taste about tourism. What I have tried here is to encompass some of the best places which you must visit in Dubai. Do let me know if you guys have some other interesting places to visit as it will help the other readers.




10. Dubai Autodrome


It is actually a motor sports facility and is a part of the Union Properties Motorcity development. It was first inaugurated in October 2004 and hosted the final round of the FIA GT Championship. Dubai Autodrome includes an FIA sanctioned 5.39km circuit, a Race & Driving school and a CIK approved Karting track.


9. Dubai Beaches


Dubai has got some of very beautiful beaches in the world and they run along Jumeirah Road. There are many hotels and private clubs along the length of the beach but at the same time there are many public access places which include playgrounds, barbecue sites, food kiosks, and picnic areas for families. January is the best month to visit these beaches as the temperatures are pleasant and one can enjoy to the hilt there.


8.BURJ AL ARAB


It is the tallest hotel in the world and the first 7-star hotel in the world. Its construction started in 1994 and was opened to the public in 1999. It is the iconic symbol of Dubai and it resembles a dhow (Arabian sea vessel) with a billowed out sail.


7.The World Islands In Dubai


It is a man-made archipelago of 300 islands constructed in the shape of a world map, four kilometers off the coast of Dubai, UAE. The islands project was actually the idea of Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum, the ruler of Dubai, and was developed by Nakheel Properties. The overall cost of the project was estimated at 14 billion USD. Each island in the archipelago ranges from about 14,000 m² (150,000 square feet) to 42,000 m².


6. The Palm Islands Dubai


These are the world’s three man-made islands, so large that they can be seen from space with the naked eye. In 2002, the original two islands announced were the Palm Jumeirah and the Palm Jebel Ali and this project is being undertaken by Al Nakheel Properties (Nakheel Corporation). These islands are built in the shape of palm trees and there are houses on these islands to live in. It is simply marvelous.


5. Burj Khalifa

It is the tallest building in the world and measures over 828 meters. You can enjoy the stunning scenes of Dubai from the top of this building. Burj Khalifa has also got the world’s tallest restaurant situated on the 122nd floor at 442 meters (1350 ft) up in the sky.


4. Dubai Museum


It was built in 1787 and is the oldest building in Dubai. The aim of this museum was to present the traditional way of life in the Emirate of Dubai to the people. Lot of visitors come to visit the Dubai Museum and in March 2008, the Museum had 80,000 visitors. The museum includes local antiquities as well as artifacts from African and Asian countries that traded with Dubai.


3. Ski Dubai


Ski Dubai is actually an indoor ski resort and is the part of one of the world’s largest shopping mall, Mall of the Emirates. It was developed by Majid Al Futtaim Properties and has an indoor ski area of 22,500 square feet. It was opened in November 2005 and has many things for the people as a 60-meter high indoor mountain with 5 slopes of varying steepness and difficulty, including a 400-metre-long run, the world’s first indoor black run, and a 90-metre-long quarter pipe for snowboarders. This is not the end of the list guys as there are a lot of other things to enjoy there. Once you pay for the admission ticket, you are provided with winter-clothing, ski and snow-board equipment.


2. The Dubai Mall


This behemoth shopping mall is the world’s largest shopping mall based on total area and includes 1200 shops. It is the part of Burj Khalifa and this mall can be reached via Doha street. Now as we go into the mall the things you would see there are; the world’s largest Gold Souk with 220 retailers; the 850,000 sq ft (79,000 m2) Fashion Catwalk atrium; Fashion Island (Avenue), with 70 stores dedicated to haute couture; the Middle East’s first Galeries Lafayette department store; Oasis Fountain Waterfall; and WaterFront Atrium.


1. Desert Safari


In this, you use an off-road vehicle and set out for an exciting journey into the sand dunes. This is really a thrilling activity and this needs pertinent driving skills and experience to handle the car on the sand. For all the adventurous people out there, do try this and give it your best shot.

bestkannn..sape la nak sponsor aku g sana...heee...

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

AL-FATIHAH UNTUK ARWAH MOHD ASHRAF HAFIZ ABD AZIZ

assalamualaikum




hmm..rasa terkejut dengan berita arwah mohd ashraf meninggal dunia pagi ini. baru tau pon sebab baca kat BLOG SIS ELLEN


setelah kes peribadinya yang ingin menukar nama selepas menjalani pembedahan penukaran jantina menggemparkan seluruh negara baru-baru ini , ramai yang memandang serong terhadap permohonon arwah di mahkamah.Menurut sumber, arwah dikatakan mengalami tekanan darah rendah melampau dan kemurungan sehingga dimasukkan di ICU dan disahkan meninggal dunia pagi tadi.


sama-sama la kita sedekahkan al fatihah untuk arwah. usahlah bercerita dan mengungkit kisah ini lagi. hanya arwah dan keluarga sahaja yang tahu penderitaan mereka...usah di tambah lagi.


takziah untuk keluarga arwah.semoga tabah menghadapi dugaan ini.kita hanya merancang.ALLAH jua yang menentukan.


simpati terhadap keluarga arwah.T_T. semoga rohmu dicucuri rahmat.




terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Mayat Bayi Dalam Beg Tangan Wanita Ditemui Di Kilometer 282.4 Lebuhraya Utara Selatan




PERIKSA...anggota polis memeriksa mayat bayi yang berbungkus dalam beg tangan

NILAI: “Saya ingatkan beg tangan itu berisi duit, namun sebaik membukanya, saya terkejut melihat sehelai tuala berdarah dan apabila disentuh ia terasa lembut,” kata Azmi Talib, 48, pengguna jalan raya yang menemui mayat bayi lelaki di Kilometer 282.4, Lebuhraya Utara Selatan berhampiran susur masuk Nilai, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.20 petang itu, Azmi yang kebetulan berhenti di bawah jambatan di lebuh raya berkenaan untuk makan durian bersama seorang rakannya mula sangsi melihat beg tangan wanita dalam keadaan masih elok dalam longkang berhampiran.

“Saya dan rakan menaiki dua motosikal dalam perjalanan pulang ke Gombak dari Muar, Johor, berhenti di situ kerana terlalu penat. Kami kemudian berhenti untuk makan durian dibawa dari kampung.

“Kemudian saya pergi ke longkang untuk membuang air kecil lalu ternampak beg masih lagi elok dan tergerak hati untuk membukanya,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, dia bagaimanapun terkejut selepas ternampak kain berlumuran darah.

Katanya, dia tidak berani membuka bungkusan kain dalam beg itu dan terus menahan sebuah kereta peronda polis yang kebetulan melalui kawasan itu.

“Seorang anggota polis itu kemudian mengangkat beg ke atas dan membuka bungkusan itu sebelum menemui mayat bayi lelaki yang cukup sifat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan sebaik dimaklumkan penemuan mayat bayi itu.

“Berdasarkan kepada siasatan awal mendapati bayi lelaki itu dipercayai baru dilahirkan kerana tali pusat dan uri masih ada padanya,” katanya.

“Malah, uri juga dibungkus dalam beg plastik berasingan dan diletakkan bersebelahan bayi itu. Bayi lelaki itu dibalut dengan tuala dan lampin di dalam sebuah beg tangan perempuan berwarna coklat,” katanya di sini, semalam.

Sepasukan polis dari Unit Forensik turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu kerja penyiasatan.

Beliau berkata, bayi itu dipercayai keturunan Melayu dan mayatnya itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat.

Polis masih mengesan suspek membuang bayi itu dan orang ramai mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.

sumber



Astaghfirullahalazim...naseb baek pakcik tu ngan kawan-kawan dia bawak durian dari kampung..nasib baek pakcik tu nak berhenti makan kat situ..nasib baek pakcik tu terniat nak koncing kat longkang area situ...see...ni semua ketentuan ALLAH..kalau tak tak pasal-pasal baby ni kene hurung anjing ke..ape2 je la kann...


kesiannya diaaaaa...baby yang tak bersalah menjadi mangsa...nape mesti letak kat longkang...rendahnyer darjat si anak tu..eee..geramla plak...manala si ibu dan si ayah anak tu...sempurnakan la si anak tu dengan cara bermaruah...ni tak maen lotak masuk longkang jo kann..

kepada si ibu dan bapak baby...sampai hati korang wat gitu kat anak korang kannn...tak kesian ke weii..semoga korang insaf...tampil ke hadapan tuntut bayi korang sempurnakan la ia dengan sewajarnya. dia tak mintak pon lahir macam tu.dia tak bersalah...sobs sobss T_T.


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Friday, 29 July 2011

Segmen : BW SAMBIL TAMBAH FOLLOWER



malam ni rasa rajin plak nak join segmen..


join segmen pwencessyuyue plak...


comelkan header pwencessyuyue..


nak cite sket pasal blog nih...
okies...blog nih blog the first and only blog hunnyAPIS. nama sempena my name called by my hubby 'honey'. APIS is my hubby name..ehe..

blog ni selamat lahir pada 9 Jun 2011 dan dah berusia SATU BULAN DUA MINGGU ENAM HARI...eheee..current followers 528...makaseh my dalings sekalian sebab sudi klik 'JOIN THIS SITE' a.k.a FOLLOW heee..really appreciate it!!!
okies..tu je kot...wish me luck~~~


oopss nak kena tag member ek..ok sy tag 



gud luck guys (~_*)v. klik header pwencessyuyue to join k.

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Segmen Sepit :Aku Suka Kau





yeayyy..seperti biasa...nak join GA ni memang salah satu aktiviti faveret aku la kannn..ahhaa


syarat2 korang tengok sendiri kat SINI la ye~~~


ok syarat utama kena letak gambar orang yang kita suka...


yang aku sukewwww??op kos lewwww...ok enuff of ayat gedik mengada-ngada nanti tak pasal-pasal termasuk dalam golongan dalam video nih (jangan risau tiada link mintak 20sen melainkan ditulis terang-terangan sebagai iklan.ahakss)


orang yang saya suka sangat2 sekarang ni harusla..EN KASEH SAYANG SAYA. MR APIS.


muka cover nebes sebelom nikah..hee


nama : MOHD HAFEZ BIN NOORAZLAN


ic : tak yah tau la...


status : bukan single..milik yang satu HUNNYAPIS..ehee..


nape suka dia : suka sebab dia my hubby, my bestfren, my teman suka duka, my teman gaduh pasal politik, isu semasa dan segala isu kat dunia nih..dan selalunya saya yang akan menang..yeayyy!!!


he is my penasihat, my only famili here..saya sebatang kara di semenanjung ini...sobs sobss...kenal da 5 tahun.. kawen baru nak masuk 5 bulan..lagi 2 minggu 5 bulan la...


suka dia sebab dia hormat famili and parents saya.wajibla kan kalau nak kawen ngan anak diaorang..ehheee...
penyayang..bertanggungjawab (ok tu standard lelaki yang patut dijadikan somi la kan..sekarang baru lagi kawen, arap-arap sampai bila2 la hendaknyer...amin) tak romantik but realistik - romantik tanpa diduga je..jeng jeng jeng tiba2 je~~ hahaa...tu je la kot tak mau cite lebih-lebih sebab nak bagi exclusive feeling ckit..hahahaa tak mau la cite semua kat orangkann....semua orang ada kisah cinta masing-masing pe..heheee


ok..by the way, pasal blog sepit-sepit nih...hmmmm...saya suka ..saya sukaaa....saya pon curik banner dia untuk dipromote di atas...boleh kan cik sepit sana sini..ahakss....


ok..suda penat saya membebel..


nak kena tag sape nih...tag my dalings here laa~~






korang pun join sekali ye!!gud luck~~~


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

PEROGOL JANJI NIKAHI MANGSA ROGOLNYA SENDIRI

GAMBAR HIASAN DARI BANG GOOGLE


-Taktik lelaki bebas tuduhan ditolak-

KUALA TERENGGANU: Seorang subkontraktor berusia 49 tahun yang dituduh merogol pelajar Tingkatan Tiga merayu Mahkamah Sesyen di sini, semalam membebaskannya daripada pertuduhan itu dengan alasan dia akan mengahwini mangsa selepas remaja berkenaan menamatkan persekolahannya.

Bagaimanapun, rayuan tertuduh, Azman Nor, dari Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun yang sudah berkahwin, tidak diterima Hakim Azman Mustapha, malah dia juga tidak ditawarkan jaminan.
Azman menetapkan 12 September ini untuk sebutan semula kes itu dengan pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Masriwarni Mahmud, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan, Azman yang berbaju kemeja hijau dan berseluar hitam dituduh merogol gadis berusia 15 tahun jam 11.30 pagi pada 2 Jun lalu, ketika keluarga mangsa tiada di rumah.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376(2) (d) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 30 tahun serta boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh menyelinap masuk ke dalam rumah mangsa ketika ketiadaan ibu bapanya dan memeluk mangsa yang ketika itu sedang membasuh baju dari belakang, sebelum merogol mangsa.

Berikutan kejadian itu, suspek cuba menebus kesalahannya dengan berjanji kepada keluarga mangsa untuk mengahwininya selepas dia tamat persekolahan, dua tahun lagi.


Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin
2011/07/29


eee..padan muka...da la da tua da pangkat ayah da untuk budak tu..eee..napsu ape tah..*sori emo* yela boleh buat cara halal nak gak buat jahat ngan orang. kesian la kat si gadis.musnah masa depan dia. tak pasal-pasal dia trauma.

arap-arap mangsa tersebut serta keluarga tabah menghadapi dugaan ni dan berusaha untuk teruskan kehidupan. semoga kalian bahagia. p/s: jangan la kawen ngan si jantan keparat tu ye...

pakcik, insafla ye.. kembali ke pangkal jalan.everyone deserve a second chance, so pakcik bawak-bawakla bertobat ye. jangan nak ulang kesilapan lalu.kesian kat keluarga kat umah. malu oiii...

da banyak kes-kes macam ni dalam negara tapi still berlaku.kenapakah?? hmmm..undang-undang longgar sangat kah? tekanan hidup kah? atau diri sendiri kah? undang-undang da dasat da. orang len lagi hidup menderita tapi tetap sayang menyayang. napsu semata-mata nih!!!haissh T_T



terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Penjara 6 bulan jika tidak puasa




lagi beberapa hari umat islam seluruh dunia akan berpuasa.mintak-mintak boleh la puasa penuh tahun ni..ehee...

selamat berpuasa kawan-kawan.jangan lupa niat puasa ye~~

ok..bagi yang liat sangat nak posa ni...sila baca nih~~

GEORGE TOWN - Hukuman penjara enam bulan dan denda RM1,000 bakal dikenakan kepada umat Islam yang didapati makan di khalayak ramai termasuk pengusaha premis yang menghidangkan makanan kepada mereka sepanjang Ramadan ini.

Tindakan tegas itu diambil Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menerusi 'Ops Jejak' termasuk memantau restoran dan gerai makan tepi jalan.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaannya, Jaafar Ismail berkata, operasi tersebut dilakukan setiap hari mulai pukul 7 pagi di semua daerah di negeri ini.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.
setiap kali ramadhan mesti ada tangkapan yang dibuat..malu la...besar-besar pon tak nak puasa. da la tak puasa, kena tangkap pulak tu...haisshhh...malu kat orang bang oiii...


untuk yang merokok tu...amekla kesempatan ramadhan tahun ni untuk berhenti merokok. tahun lepas tak boleh tahun ni cuba lagi.geram je tengok duit melayang cam tu je sebab rokok.*pesanan untuk encek somi* bawak-bawak la berenti..duit tu boleh gak buat beli handbag guess ke..ahaksss..

selamat berpuasa korang. da nak posa.tak lama lagi balek miri. rindu famili kat miri da lama tak balek.sobs sobsssT_T


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Thursday, 28 July 2011

tumpang lalu. entri terbaru kat bawah(~_*)v


ini bukan sticky post. ini hanya express advertisement. entri terbaru kat bawah ye~~~


newbie blogger tambah pendapatan dengan berblog. tak rugi. cepat daftar sekarang! tiada paksaan. daftar di SINI. pastu jangan lupa promote kat kawan-kawan ye...


xplay dtg lagi. nak tengok Funky Kopral, Estranged, Project Pistol, Wicked Aura, Matt Alfords & MC Vibe beraksi dengan kehebatan masing-masing? tiket free klik SINI .tertakluk kepada terma dan syarat.


serendah RM990 dengan MAXIS top up plan anda mampu memiliki BlackBerry Playbook.


anda peminat EASON CHAN penyanyi terkenal dari HONGKONG. baru ingin menjinakkan diri dengan muzik kantonis.meh dapatkan diskaun untuk konsert EASON CHAN di SINI. term and condition applied.


revolusi terbaru kereta tempatan yang memenuhi keperluan masa kini.klik SINI untuk lihat.
sedeynyer tengok bola tadi..saket tekak..tapi nak wat cam ne..takde rezeki~~~ tahniah kepada pasukan Malaysia atas usaha.masing-masing da cuba yang terbaek. semoga selepas ni pasukan Malaysia terus bangkit dan berjaya!! majulah sukan untuk MALAYSIA. 

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

sebab tu saya suka berblogging

assalamualaikum~~


posa tak lama g kan...hikss..selamat menyambut ramadhan kawan2


ok meh nak share...last tuesday dapat parcel.yeayyy hadiah sempena birthday blogger PN MANIS MADU sangat seronok ok. Pn Manis Madu cakap dia pos on monday..tengok ari selasa parcel da sampai umah.salute la ngan skynet..hihi..sempat g puji skynet....


Terima Kasih Pn Manis Madu. kamu semanis nama mu dan semanis kurma..hekss...tQ ek... orang len yang birthday saya yang dapat hadiah...yeayy!!!




ehe...best kann...so tak yah la ulang banyak kali kot nape aku suka berblogging.hekss.


join ramai2 join GA and contest..tambah kawan dan dapat hadiah.yeayyy!!!







terima kasih kerana singgah.datang lagi.

CURI KELAPA SAWIT UNTUK BELI DADAH

en google




KEMAMAN: Polis mengesan taktik terbaru yang digunakan oleh penagih dadah termasuk remaja bawah umur untuk membiayai tabiat menagih dadah mereka iaitu dengan mencuri buah kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Abdullah Sani Salat berkata, penagih akan mencuri buah kelapa dari ladang di Felda Cheneh di sini dan menjual untuk mendapat keuntungan sejak empat bulan lepas.


Beliau berkata penagih terbabit mencuri buah-buahan sedikit demi sedikit untuk menipu pekerja ladang, pada mulanya pekerja ladang tidak menyedari kehilangan buah-buahan itu tetapi taktik itu akhirnya terbongkar disebabkan ketamakan penagih untuk mengaut keuntungan yang banyak.

"Kami percaya mereka yang mencuri buah kelapa sawit dan menjual kepada kilang-kilang berhampiran, menyebabkan ladang-ladang mengalami kerugian beribu-ribu ringgit," katanya.


Abdullah Sani berkata bertindak atas aduan oleh pekerja-pekerja, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kemaman menyerbu beberapa sarang penagihan dadah kira-kira jam 12 tengah malam semalam. -Bernama




demi dadah mereka tak boleh nak berfikir. demi dadah mereka sanggup wat ape je. demi dadah mereka tak kisah masa depan mereka musnah. demi dadah mereka rela kehilangan keluarga. demi dadah mereka sanggup mati! haishh..tak tau nak cakap pe...semoga mereka insap dan cepat sembuh dari 'najis' tersebut..amin

YA ALLAH MINTAK DIJAUHKAN DARI MALAPETAKA INI~~


terima kasih kerana singgah.datang lagi.

KALAU GAJI RM3000

yang ni aku amek dari ohpelik





rm3000 cukup tak?


sebelom aku teruskan.please take this as a general knowledge ye.jangan bertelagah pasal kerajaan kat sini.peliss ya.TQ


tak semua yang bergaji rm3000 dan mungkin ada yang kurang tapi ramai yang lebih kot kan..hikss. tapi even aku ada degree pon gaji tak penah cecah 3k..hmmm da nasib aku kot..blom ada rezeki lagi..xpe2 jangan mudah putus asa!!

so, mungkin ini la salah satu penyebab banyak berlaku kes sosial dalam negara . bunuh diri...marah sikit bunuh orang, simbah acid yela tertekan dengan kehidupan...


kos sara hidup makin meningkat, tapi gaji tak naik-naik... nak salah kan sape? jangan salah kan sape2. tak guna menuding jari lebih baik cari jalan penyelesaian. di mana ada kemahuan di situ ada jalan. memang begitu mudah berkata-kata. tapi tu lah hakikat...takde jalan mudah untuk berjaya melainkan berusaha, berdoa dan bertawakal!


gud news is :

Kabinet hari ini memutuskan untuk menambah satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu yang berkaitan usaha untuk memerangi kos kehidupan yang kian meningkat. 


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika mengumumkan perkara itu berkata langkah itu menjadikan bidang NKRA menjadi tujuh semuanya dan bukan lagi enam seperti sebelum ini.



baca selanjutnya kat SINI


ingat!!!-tak guna menuding jari dan menyalahkan sesiapa. berusaha, berusaha dan terus berusaha!


semoga anda semua dikurniakan keluarga bahagia dan dilimpah-ruahkan dengan rezeki yang HALAL

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Wednesday, 27 July 2011

wordless wednesday #4 | good luck pasukan MALAYSIA esok




terima kasih kerana singgah.datang lagi.

PENJARA 16 TAHUN AKIBAT SIMBAH CUKA GETAH


GAMBAR HIASAN DARI EN GOOGLE

TEMERLOH: Seorang buruh ladang yang menyimbah cuka getah kepada dua beradik di Felda Jengka 9, Maran, pada 19 Julai lalu, dijatuhi hukuman 16 tahun penjara dan empat sebatan selepas mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.

Tertuduh, Mohamad Hafiz Ismail, 31, dari Felda Jengka 9 berdepan dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas Syafiq Haikal Mat Safa Zaidi, 13, dan adiknya Syaffiy Aiman, 10.

Lelaki terbabit tidak menunjukkan sebarang reaksi ketika hukuman dijatuhkan dan kelihatan sekadar memahami serta membuat pengakuan bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan kepadanya.

Hakim Dazuki Ali yang menjatuhkan hukuman lapan tahun penjara dan dua sebatan bagi setiap pertuduhan kepada tertuduh, bagaimanapun mengarahkan hukuman berkenaan berjalan serentak dari tarikh dia ditahan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki terbabit didapati menyebabkan kecederaan parah dengan menyimbah cecair dipercayai cuka getah ke atas Syafiq Haikal pada 19 Julai lalu di jalan berdekatan Felda Jengka 9 antara jam 7.30 malam hingga jam 8.30 malam.

Dia turut menghadapi tuduhan kedua iaitu melakukan perbuatan sama terhadap Syaffiy Aiman pada tarikh dan tempat sama.

Bagi kedua-dua kesalahan itu, buruh ladang terbabit didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Dalam rayuannya, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman ke atasnya dengan memberi alasan menanggung seorang ibu menghidap sakit jantung dengan berpendapatan RM300 sebulan hasil bekerja di ladang sawit.



sumber

erk...gilo ko apo??? en GKA pinjam tagline jap :) apekah motif beliau...aku pon tak tau laaaa.. kanak2 lagi tu...ape la yang buat dia bengang sangat sampai nak simbah2 segala...haishhh...bawak bersabar la baiiii...

makin maju dunia makin orang bertindak ikut perasaan. aduiii...adakah tekanan hidup yang meruncing wat dia jadi begitu. kesian jugak tapi nasi dah jadi bubur. sama2 la kita mengambil iktibar atas apa yang berlaku. kos sara idup yang makin naik, pendapatan yang tak naik-naik, memang memeritkan.bersabar dan berusaha je mampu kita lakukan.semoga kita semua tabah menghadapi dugaan hidup.yeayy!!!

buat baik berpada-pada. buat jahat jangan sekali. jangan sekali?da tu nak berapa kali?hikss..don't take it seriously okeyyy~~~

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Tuesday, 26 July 2011

GA sempena ramadhan by Cik Gugu





jom join GA ni..tak lama g tamat ....nak join klik SINI ye...


saya hunnyAPIS tidak berkerja..surirumah dan suriramah sepenuh masa..ahaks


heee...jom korang singgah blog comel nihhhh!!!


ok bye!

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Bila Google Earth Buat Lawak - santai selasa

hahaaa....


sila perhatikan gambar ini






sila baca arahan yang dikotakkan..haha...boleh??? boleh berenang 165 km???mampu tak? kalau mampu cuba la...heee


sumber

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

KANAK-KANAK MEMPUNYAI 34 JARI TANGAN DAN KAKI PECAH REKOD GUINNESS





Seorang kanak-kanak lelaki dari India, Akshat Saxena, 1 , lahir dengan 34 jari tangan dan kaki telah memecah rekod dunia Guinness Worls Records sebagai manusia dengan jumlah jari terbanyak.


Mengikut juru cakap Guinness World Records, kanak-kanak tersebut ini mempunyai tujuh jari pada setiap tangan dan 10 jari pada setiap kaki.


Kanak-kanak dari Uttar Pradesh di India Utara ini telah menjalani beberapa pembedahan untuk memotong jari yang berlebihan. Akshat lahir tanpa ibu jari sehingga doktor terpaksa menyusun semula jari-jari yang berlebihan.

"Saya sangat gembira melihat bayi pertama saya. Namun kemudian, saya terkejut melihat jari-jarinya," ujar Amrita Sxaena, ibu Akshat,melalui Daily Mail.

Keadaan yang terjadi pada Akshat dikenali sebagai polydactyly, perbezaan genetik yang dapat diwariskan dan menyebabkan jari-jari tangan dan kaki berlebihan. Biasanya, jumlah jari berlebihan terjadi pada sisi jari kelingking pada tangan.

Walaupun terkejut, Saxena merasa sangat bahagia telah melahirkan Akshat. Apalagi, setelah temannya menyakinkan bahawa Akshat adalah anak yang istimewa.

"Dia membaca di internet tentang bayi dari China yang memiliki 31 jari," ujarnya.

Pada awalnya, Saxena tidak yakin bahwa anaknya memecahkan rekod tersebut. "Namun kemudian, dia bersama suami dan adiknya melihat data di internet yang mengatakan bahawa rekod sebelumnya dipegang oleh kanak-kanak enam tahun dari China yang memiliki 15 jari tangan dan 16 jari kaki," ujarnya.

Kanak -kanak tersebut juga menjalani pembedahan yang sama dengan Akshat. Ketika ini, kanak-kanak enam tahun tersebut telah memiliki jumlah jari seperti manusia normal setelah menjalani pembedahan selama 6,5 jam di Hospital Liaoning, Shenyang, March lalu. 




macam-macam ek.heee...teringat Hrithik Roshan pon ada extra jari (~_*)v

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Monday, 25 July 2011

FAEDAH BLOG : KENAPA SAYA BERBLOGGING



en google ilebiu




maap tajuk agak skema di situ...hihi...tajuk deba boom amat penting okey...bak kata blogger2 yang hebak macam diaorang nih...wancikgumuzik, uLan, bangben, dan ramai g...nak tulis kang tak sampai plak matlamat entry nih!!! korang jenguk diaorang banyak giler tips n tutorial best situ...lagi2 untuk newbie macam aku!!!


tajuk tu jadi macam tu sebab tadi baca entry yang sangat2 best pasal 

Apa yang blogger newbie harap dan fikir ketika berbelog



korang baca kat BLOG CIK ARDA ek


ok..semua tahu blog ni sangat2 baru dan banyak lagi nak kene baiki...ye masa mula2 nak berblog dulu apa yang aku pikir semua da tertulis di blog di atas...sebijik sama...tak tipu!!!!!!


tapi takde sampai tahap kecewa bila takde follower la...hee


sekarang nih alhamdulillah entri saya ade orang komen kalau dulu langsung takde~~sila check entri dulu2 ye..memang agak lawak di situ la...ahhhh..biarkan..kisah lalu jangan dikenang!!


bila ada orang komen, saya ada satu perasaan suka..eheee...baru puas hati..i need readers not followers the more people comment the more people read or vise versa. (maap english agak berterabur..hiks) 


thankiu..thankiu..thankiu kawan2~~~


semenjak berblog nih aku rasa :



  • aku semakin ceria (hikss..serius tak tipu..tanya en somi)
  • aku da tak sunyi dan bosan (da la suri rumah yang tak bekerjaya-takde anak-duk sorang-memang bosan giler)
  • aku ada ramai kawan baru (kawan je ok-batas pergaulan still terjaga hiksss)
  • aku realize banyak benda aku bodoh dalam dunia nih dan buat kan aku semakin nak tau sesuatu benda (walau pon ade degree tak semua benda kita tau okeh. so jangan bodoh sombong!)
  • aku jadi rajin membaca (nak tambah ilmu kena rajin membaca- nak tambah idea pon kena rajin membaca!)
  • aku jadi curious bab ilmu internet, isu semasa, isu agama, politik dan lain-lain (da reti dan edit2 bagai dan still dalam proses belajar lagi, da tau ape berita terkini yang berlaku dalam dunia dan macam2 la..)
  • aku jadi rajin bertanya (haha..ini perangai aku paling buruk dari dulu-giler pemalu nak tanya-tak tau, memang mengaku tak tau tapi tak nak plak nak tanya pada yang pakar-sampai ke sudah bodoh la di situ)
  • aku jadi semakin berani untuk meluahkan pandangan aku terhadap sesuatu isu.walaupon pandangan tu macam berat sebelah ke agak lari dari tajuk tapi at least aku rasa aku mampu bersuara walaupon hanya menaip.kalau dulu aku setuju je ngan orang walaupon kurang setuju tah rasa macam takut nak keluarkan pandangan pada hal bukan orang kenal pon kannnn)
  • aku da tau cara2 make up, jaga muka, jaga diri, pakai tudung yang versatile (hihi...ni sampingan je- dulu make up satu fesyen je, sekarang takde la muka nampak sama je *erk da orang yang sama mestila nampak sama..pape je laaa* )



ok macam2 kita dapat dari blogging..banyak lagi la..tu antara faedah dan kebaikan positif yang aku dapat. tak tau la korang kannnn....yang negatif nye setakat ni tak cukup tido tu je la....hihi...kadang2 pukul 12 tengah malam pon still blogwalking lagi :p 


tapi kan aku nak gak merasa hasil dari en nuff2 penah sekali bawak ke mimpi...haha...lawak orang sebok nak BE, aku pon nak BE jugak..weee ;p


yang penting aku tidak penah mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri-insyaALLAH :) en somi selalu gak bertanya kabar tentang blog ni dan setiap malam aku akan cite kat dia ape2 yang aku baca dan tengok kat blog. so kiranya menceriakan lagi hubungan kami dengan berkongsi ilmu!! :D


happy blogging guys




terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Pilihan Fesyen Hari Raya 2011: 40 Selebriti Memperagakan Blue Kebaya


antara pereka FESYEN yang menjayakan BLUE KEBAYA SHOWCASE


Seperti kebiasaannya, menjelang sahaja musim perayaan, orang ramai sudah mula tercari-cari fesyen yang sesuai untuk digayakan disepanjang hari raya. 

Disebabkan alasan itu, ia menjadi titik tolak kepada 15 orang pereka fesyen popular Malaysia hadir di majlis The Blue Kebaya Showcase untuk memperkenalkan rekaan dan fesyen terbaru mereka untuk hari raya aidilfitri kali ini.

Menampilkan pelbagai kelainan di setiap rekaan, kebaya-kebaya yang ditampilkan oleh pereka fesyen ini menggunakan fabrik-fabrik ternama seperti sutera, songket, bermanik dn lycra. Dan yang uniknya, 15 pereka fesyen yang antaranya terdiri daripada Ang Eng, Ariff Shukor, Cindai Sutera, Ezuwan Ismail, Khairi Sufi, Riffai, Salikin Sidek, Wan Huzairil, Nik Erwan, Sheila, Von Jolly dan Iszal ditemani oleh hampir 40 orang selebirti yang membantu memperagakan pakaian mereka pada petang itu.

Jom kita lihat fesyen-fesyen mereka:

Ezuwan Ismail dan rekaannya yang digayakan oleh si cantik Irma Hasmie, Neelofa dan Rozita Che Wan

Hazwani dan Marsha Gedik Londoh

Fauziah Latiff dan Fathia menggayakan rekaan Riffai - Fathia nampak tua dari usia sebenar...hmmm


Nasha yang super duper cantek dengan rekaan Iszal


Salikin Sidek memilih Farah Asyikin, Siti Saleha dan Ramona Zam Zam untuk memperagakan rekaannya

Jasmine Hamid Bersama Pereka Von Jolly- designer dia very the vogue..wow!!!

Sheila menampilkan Lisdawati Sebagai Selebriti Pilihannya


DITULIS OLEH WAHIDA OTHMAN KHAMIS, 21 JULAI 2011 11:08


ok...cantek tak??? so baju raya korang da ade?? heee...famili aku punyer tema tahun ni kaler olive green..hee~~ baju aku da siap..sonoknyerr...baju en kaseh syg je blom...tapi thun nih wat satu pasang baju je untuk raya sebab kawen ari tu ade wat 2 pasang baju len...baru pakai sekali...so pakai la lagi dan leh la jimat cermat.(^_^)v. 


ye la hari raya bukan tiket untuk kita berhabisan dan boros...membazir kan amalan setan.*peringatan untuk diri sendiri* ingat tu!!!! jangan duk sibuk nak shopping. kuar g mana2 ade je nak shopping. duk umah pon shopping. tak shopping luar shopping online...haisshhh..bila nak berubahh...hmmm.....dush!!!

dalam banyak2 baju berkenan ngan baju irma je.. tak seksisss :p



terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...