Friday, 5 August 2011

Isteri jumpa mayat suami tergantung

ANGGOTA polis mengangkat mayat Surendren yang ditemui mati tergantung di Jalan Bukit Lagi, Kangar semalam.

KANGAR - Seorang isteri yang pulang ke rumah selepas dua hari merajuk setelah bergaduh dengan suaminya tergamam apabila menemui mayat lelaki itu tergantung di tengah rumah di Jalan Bukit Lagi di sini semalam.

M. Rajasepery, 32, yang ingin mengambil pakaian di rumah terkejut apabila melihat mayat suaminya, P. Surendren, 29, terlentang di atas lantai dengan tali yang diguna untuk menggantung diri masih berada di lehernya pada pukul 1 petang.

Mengimbau semula kejadian itu, Rajasepery memberitahu, dia bertindak keluar dari rumah tersebut untuk menumpang di rumah saudara selepas mereka sering bergaduh dan dipukul suaminya sejak sebulan lalu.

Katanya, dia tidak tahu punca sebenar suaminya bertindak demikian.

"Mungkin dia (Surendren) tertekan selepas saya membuat laporan polis ekoran pergaduhan tersebut.

"Kami baru sebulan tinggal bersama kerana sebelum ini suami tinggal di Sungai Petani, Kedah di rumah isteri pertama.

"Kami baru sahaja berkahwin kerana perkahwinan suami dengan isteri pertama tidak dikurniakan anak. Suami bekerja di kedai tayar dan saya telah membuat dua laporan polis kerana saya sering dipukul," dakwanya di sini semalam.


erk...seramnya..balek2 umah jumpa mayat..huhu

sekarang ni semua orang amek jalan mudah bila ada masalah. bunuh diri, bunuh orang, buang anak..semualaaa..semua tu jalan mudah untuk selesaikan masalah bagi mereka yang terlibatla...tapi sebenarnya banyak lagi masalah dan kesan buruk dari jalan singkat tersebut.

haihhh...macam2 laaaa...

Ya, Allah...jauhkan kami dari malapetaka ini. kuatkanla iman kami dan jauhkan hati kami dari keinginan untuk melakukan kemungkaran..amin~~

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

check : SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM)

assalamualaikum...


ehe...seronoknye nak balek miri, satu famili da plan ramai2 nak buka puasa kat IMPERIAL HOTEL,MIRI


da book untuk 7 orang...book on 29th August...so sape2 yang nak g makan sana..kalau jumpa aku sila2 la tego ek!!!


jom tengok pakej dia..giler murahh!!!





see nett 40.60/person according to the person yang aku pegi wat booking hari tu la...kalau aku salah info, so salah dia la bagi info salah...heksss. fyi- pegi 7 free sorang so bayar untuk 6 orang jess!!!


ok jangan risau aku da check kat website jakim hotel2 yang diberi sijil halal..imperial hotel salah satu daripadanya....so yippie leh pegi!!!eheeee


korang nak check kat SINI  ye....sori listnye panjang sgt...tak leh nak tepek kat sini..huahuahuaaaa~~~tak pon korang klik kat bawah ni!


SENARAI HOTEL & RESORT YANG MENDAPAT SIJIL HALAL MALAYSIA (JAKIM)

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

“Kami Putus Tunang Secara Baik” – Ally Iskandar



Desas-desus mengenai pertunangan Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang berada di ambang peretakan sekitar minggu lepas akhirnya terjawab jua. Selepas 5 bulan, pertunangan antara Ally Iskandar & Nur Aisyah Zainal yang diikat pada 11 Februari 2011 telah sampai ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak telah memutuskan ikatan tersebut pada 30 Julai 2011, Sabtu lepas.

Ally Iskandar yang ditemui ketika rakaman Mentor Raya di Sri Pentas 2, Plaza Sentral Shah Alam berkata keputusan untuk memutuskan pertunangan tersebut dibuat selepas perbincangan bersama Aisyah, sekitar 2 minggu lepas.

“Keluarga saya bertemu dengan keluarga Aisyah untuk memutuskan tali pertunangan kami pada hari Sabtu lepas, bersamaan 30 Julai 2011 di Ampang, Kuala Lumpur. Untuk pengetahuan, saya & Aisyah sudah berbincang mengenai perkara tersebut seminggu sebelum tarikh putusnya pertunangan kami.

“Kami berdua dengan rela hati memutuskan pertunangan ini dengan cara baik serta mengikut adat Melayu. Mungkin, kami berdua mempunyai kelemahan masing-masing. Jujur kata, putusnya pertunangan ini bukan disebabkan perkara-perkara sensasi seperti kehadiran orang ketiga. Cuma, kami tidak mempunyai keserasian & kesefahaman, tiada jodoh,” kata Ally Iskandar menjawab pertanyaan media mengenai sebab-sebab putus tunang.

Walau bagaimanapun, Ally Iskandar menyatakan dia sebenarnya berat hati untuk memutuskan pertunangan tersebut.

“Perkara ini amat berat kerana saya sudah bayangkan Aisyah sebagai bakal isteri. Saya agak kecewa & sedih kerana hubungan yang dirancang tidak menjadi. Lagipun, saya sudah berumur 35 tahun & lama membujang, sekarang sudah bersedia nak kahwin. Kami berdua cuba memberikan tempoh untuk memperbaiki hubungan, namun tidak boleh juga.

“Kami tidak pernah bergaduh besar. Malah, semasa rakaman Mentor dulu pun Aisyah selalu menemani saya. Cuma, sudah ditakdirkan kami tidak dijodohkan bersama.Setakat ini, hubungan kami berdua okay,” jelas Ally Iskandar mengenai status hubungannya dengan Aisyah selepas putusnya pertunangan mereka.

Ally Iskandar juga meminta orang ramai supaya tidak mengaitkan pertunangannya dengan krisis pertunangan pemain bola sepak Malaysia yang terjadi baru-baru ini.

“Saya meminta orang ramai supaya jangan menganggap situasi ini sebagai sesuatu yang buruk. Apa yang berlaku kepada saya adalah kebetulan semata-mata. Krisis pertunangan saya memang tiada kaitan dengan krisis pertunangan pemain bola sepak Malaysia yang berlaku tempoh hari.

“Alhamdullilah, keluarga kedua-dua pihak faham & terima keputusan kami. Buat masa ini, saya ingin memberikan fokus terhadap kareer. Walaupun keputusan yang dibuat itu berat, tapi saya akur jodoh itu ketentuan tuhan,” kata Ally Iskandar mengakhiri temubualnya bersama pihak media.


alaaa...cian bang Ally...hiks...baru nak tengok dia kawen..hmm xpela takde jodoh nak wat cam ne...baek putus sekarang daripada 'putus' pas kawen..haipp..mulut jahat!!

ermmm...sekarang musim putus tunang ker? kebetulan kot...erk mintak dijauhkan la ye...ramai kengkawan yang berstatus tunang dan menanti masa untuk diijabkabul nih...

korang yang nak kawen tu..bawak2 la bersabar ye..banyak dugaan orang yang nak kawen ni..ye la nak wat benda baek kann...semoga semuanya selamat dan berjalan lancar!!

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Thursday, 4 August 2011

Ditipu dan Dirogol Biras



gambar hiasan bang google


KAJANG: Hanya alasan mahu berbincang, seorang kakitangan sebuah syarikat swasta berusia 19 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila dirogol birasnya di sebuah hotel di Bangi, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek berusia 29 tahun pada mulanya menghubungi mangsa kononnya untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah perhubungan mereka.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab, berkata mangsa yang tidak mengesyaki niat serong suspek bersetuju untuk bertemu.

“Suspek yang datang mengambil mangsa di rumah membawanya menaiki kereta sebelum singgah di sebuah hotel di Bangi kononnya untuk berbincang.

“Tiba di hotel, mangsa dibawa masuk ke dalam sebuah bilik,” katanya.

Beliau berkata, di dalam bilik, suspek menarik mangsa ke atas katil dan cuba membuka baju mangsa.

Katanya, mangsa yang ketakutan cuba melarikan diri, tetapi dihalang suspek.

“Suspek yang berang dengan tindakan mangsa menarik mangsa ke atas katil sebelum merogolnya,” katanya.

Beliau berkata, sebaik dirogol, suspek menghantar semula mangsa ke rumah dan berjanji akan bertanggungjawab atas kejadian itu.


“Menyedari suspek melarikan diri dan enggan bertanggungjawab selain hanya menjadikan dirinya sebagai pemuas nafsu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kajang,” katanya.


biras tu ape? suami/isteri ipar kita [correct me if i'm wrong]

so kiranya masing2 da kawen la kan kalau ikut definition biras tu ape...


'suspek berusia 29 tahun pada mulanya menghubungi mangsa kononnya untuk bertemu bagi menyelesaikan masalah perhubungan mereka' - masalah perhubungan? masalah komunikasi kah? erk perhubungan apa yang dimaksudkan?? hmmm..

macam-macamla sekarang nih..kalau ikutkan kalau nak berbincang tak perlu kot g hotel bagai kan...kalau da naek bilik da laen da tu kot...hmmm....

semoga semuanya selamat dan diselesaikan dengan cara terbaik. 



terima kasih kerana singgah.datang lagi.

tak sabar nak balek miri

yeayyy...


lagi 21 hari nak balek = 3 minggu


tak sabar nih...


rindu orang miri sangat2~~~






my family <3 <3 <3. i'll be back on my birthday.woot..woot~~

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Mangsa Bunuh Dikerat 15

gambar hiasan dari bang google


AMPANG: Misteri bau busuk di sebuah unit pangsapuri tanpa penghuni di tingkat lima Blok Chryssa, Apartmen Astaria, di sini, sejak Sabtu lalu terbongkar apabila pihak pengurusan menemui kaki kiri manusia yang sudah berulat dan beberapa organ manusia dalam tandas unit itu, petang semalam.

Difahamkan, beberapa anggota badan manusia turut ditemui dalam tiga bungkusan plastik di atas siling tandas dan beberapa tempat dalam rumah berkenaan.

Dipercayai mangsa dibunuh tidak lebih dari seminggu lalu sebelum anggota badannya dikerat melebihi 15 bahagian.

Penghuni yang menginap selang sebuah rumah dari unit terbiar itu, Shahril Abdul Rahman, 30, berkata sebaik pulang dari kerja kira-kira jam 5.30 petang, dia bersama beberapa kakitangan pihak pengurusan bangunan memasuki unit berkenaan bagi menyiasat punca bau busuk itu.

“Saya terkejut apabila menemui satu kaki manusia dikerat dari paras pinggang sebelum pihak pengurusan menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang berada di tempat kejadian, berkata anggota badan yang ditemui itu dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk proses bedah siasat.

“Identiti dan jantina mangsa belum dipastikan dan anggota terbabit sudah dihantar ke PPUM bagi tindakan lanjut.

“Anggota badan itu ditemui dibuang di merata-rata tempat dalam unit berkenaan yang lebih kurang 10 tahun tidak dihuni,” katanya.

Menurut Amirrudin, siasatan lanjutan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti identiti mangsa serta kejadian sebenar di sebalik penemuan mayat yang dikerat itu.


eeee...scary nyerr...kalau aku duk situ...aku sanggup pindah tempat len..

teroknyer..da la kena bunuh pastu kena kerat plak...jahat al kejam betul laaaa...

sekarang nih pergi mana-mana da tak selamat, semua kena berhati-hati. lalai sikit lain jadi nyer...adoiii..arap-arap tempat aku tinggal ni takde benda-benda macam ni berlaku...

hmmm...teringat filem flat 3A lakonan intan ladyana..sape da tengok? best tak? eheee..

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Wednesday, 3 August 2011

Diludah kekasih gelap suami

gambar hiasan dari bang google


SHAH ALAM: Ramadan kali ini tidak bermakna bagi seorang ibu beranak empat berusia 39 tahun apabila dia bukan saja diceraikan suami sebaliknya dia cedera selepas dibelasah lelaki itu di rumah sewa kekasih lelaki itu di Banting, dekat sini, kelmarin.

Difahamkan mangsa dibelasah suaminya berusia 40-an itu disebabkan wanita terbabit melarang suspek bersekedudukan dengan kekasihnya yang juga warga Indonesia di rumah sewa berkenaan.

Lebih mengaibkan apabila warga Indonesia itu bertindak keji dengan meludah muka mangsa di hadapan suaminya itu ketika pasangan terbabit bertengkar.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu, mangsa cedera di leher dan badan selepas ditampar dan ditumbuk suaminya.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Banting, di sini, menuntut tindakan tegas terhadap suaminya itu.

Menceritakan semula kejadian itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Intan, berkata dia dan anak lelakinya berusia 16 tahun pergi ke rumah sewa wanita terbabit bagi merayu suaminya pulang.

“Sebaik tiba di rumah berkenaan, saya meminta suami pulang ke rumah, namun tindakan saya itu menyebabkan dia berang sebelum memarahi saya.

“Malah, suami saya yang bagaikan dirasuk syaitan memukul saya di hadapan wanita terbabit,” katanya.

Menurut Intan, penderitaannya tidak berakhir di situ apabila suaminya menceraikannya dengan talak satu manakala wanita terbabit meludah mukanya.

“Suami mengarahkan saya dan anak meninggalkan kawasan berkenaan,” katanya, semalam.

Intan berkata, dia syak suaminya disihir wanita itu kerana lelaki terbabit tidak boleh berada di rumah mereka terutama sebelah malam sejak lima bulan lalu.

Intan berkata, dia sanggup memaafkan suaminya itu dan kembali bersamanya semula demi masa depan mereka sekeluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Nordin Manan mengesahkan menerima laporan kejadian itu.



huhh..macam-macamla kannn...dirasuk syaitan??hmm..nafsu semata-mata nih....kesian la kat puan Intan tu...bahaya ni..da kawen lama dan beranak pinak pon still ade lagi dugaan berumah tangga..ingat makin tua nak hidup bahagia sambil menunggu mati tapi da jadi macam ni......da takdir nak wat cam ne kann...semoga semuanya kembali aman dan bahagia la hendaknyer..

p/s:ehe... cam takut je kalau nak hire bibik kat umah...ahaks :p sendiri jadi bibik je laaaa (~_*)v *oktakdekaitandengankes*

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Tuesday, 2 August 2011

PELAJAR PROGRAM MOTIVASI SEKOLAH MENERIMA LAYANAN SEPERTI BANDUAN



MOHD. RAFSANJANI (depan) bersama pelajar lain menunjukkan kepala mereka yang dibotakkan ketika ditemui di Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU - Seramai 33 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda (SMKBBU) di sini mendakwa mengalami penderaan fizikal dan dilayan seperti banduan semasa menjalani program motivasi di Penjara Kluang hujung minggu lalu.

Ketika program selama tiga hari dua malam bermula Jumaat lalu itu, mereka mendakwa diarah oleh warden penjara memakai pakaian banduan selain digari, ditampar, dipukul dan ditumbuk di perut hingga ada pelajar menangis.

Seorang peserta, Mohd. Rafsanjani Mohd. Rafi, 16, mendakwa, pihak sekolah memaklumkan bahawa program tersebut adalah untuk para pelajar yang mempunyai masalah disiplin.

"Apabila tiba di penjara, kami diminta menyerahkan barangan peribadi dan rambut kami dipotong sehingga pendek sebelum dibawa ke asrama.

"Keesokan harinya, ketika lawatan di penjara, saya terkejut apabila dimarahi dan dicekik oleh warden penjara," dakwanya di sini semalam.

Katanya, dia dipilih mengikuti program berkenaan kerana ponteng sekolah selama 10 hari tahun ini.

Rakannya, Syed Amirul Khair Syed Khaidir, 16, pula mendakwa, para pelajar didera melakukan pelbagai aktiviti memeritkan seperti tekan tubi, berguling atas jalan dan ketuk ketampi sebanyak 150 kali.

"Kami dilayan macam banduan dan saya sendiri ditumbuk di perut selain ditampar dua kali," dakwanya.

Dalam pada itu, ibu kepada Mohd. Rafsanjani, Wan Zuhidah Zainal, 41, berkata, pihak sekolah menghantar surat kepadanya tentang program itu tetapi tidak dinyatakan pengisiannya.

"Saya hanya mengetahui mereka dihantar ke penjara apabila bertanya guru di sekolah selepas curiga melihat pelajar dibawa menaiki bas Jabatan Penjara," katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Pelajaran dan Pengajian Tinggi Johor, Datuk Maulizan Bujang berkata, jika dakwaan itu benar, pihak sekolah perlu mengkaji semula pengisian program.

"Saya telah meminta Jabatan Pelajaran menyiasat dakwaan ini, begitu juga dengan pihak sekolah," katanya ketika dihubungi.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru sekolah itu, Datuk Samsol Bari Jamali mengakui pihaknya mengetahui pelajar terbabit perlu menjalani simulasi kehidupan di penjara malah sekolah itu adalah yang ketiga mengikuti program sama.

Beliau berkata, pihak pentadbiran sekolah akan bersemuka dengan pelajar terbabit apabila sekolah dibuka esok.

Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru, Khalid Mohamed yang menerima aduan terbabit berkata, satu memorandum yang ditandatangani ibu bapa peserta akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran.


Oleh NASRI JAMALUDIN
mohdnasri.jamaludin@kosmo.com.my



erk..nape program motivasi kene sampai macam tu sekali? oh untuk pelajar ada masalah disiplin. MASALAH DISIPLIN hmmm....betul ke tak ape yang budak-budak tu cakap. bukan ape budak sekarang ni pantang kene tegur dan kene marah sikit...balek umah mengadu kat parents kena dera pada hal dia yang wat perangai... sebab tak puas hati mula la nak ada-ada kan cerita...huh!! jangan nak manja sangatla kannn susahnyer jadi cikgu.. *sebabitusayatamojadicegu*

tapi kan, takkan la program ni tak de pemantauan dari sekolah kot. cikgu disiplin takkan nak serah bulat2 kat pihak penjara...ishh...ishh..ishh..*stop being jugdemental azryn*ok!

kalau la insiden ni betul....why pakcik warden? why???? nape kena buat gitu? kesian kat kanak-kanak yang tak berdisiplin itewww....hekss...kalau pon pakcik rasa tertekan dengan perangai mereka yang tak mendengar kata, pakcik bersabar je la, tak yah la nak pukul2!!

ok..kita tunggu dan lihat je la...kalau ada berita susulan untuk kes ni...huhu..cakap banyak pon tak guna.. tak da sapa yang bersalah selagi dia tak disabitkan dengan kesalahan!!arap2 pakcik warden tu tak salah..hiks (~_*)v



terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Monday, 1 August 2011

DICULIK DAN DISAMUN DI HADAPAN RUMAH SENDIRI

NOR menunjukkan kesan lebam pada tangannya akibat dikasari empat penjenayah di Kampung Guntung Lua, Setiu Jumaat lalu.

SETIU – “Saya kini trauma dan menjadi takut apabila melihat kelibat lelaki lain kerana ia mengingatkan kejadian saya dilarikan sebelum disamun.”

Perasaan tersebut menghantui seorang guru wanita yang ingin dikenali sebagai Nor, 35, yang diculik sebelum disamun RM20,000 oleh sekumpulan empat lelaki menaiki sebuah kereta Perodua Myvi di hadapan rumahnya di Kampung Guntung Luar dekat sini Jumaat lalu.

Menurut Nor, sejak kejadian itu, kehidupannya begitu terganggu dan tidak tenang terutamanya apabila berdepan dengan sekumpulan lelaki.

Katanya, pengalaman hitam dalam hidupnya itu pasti akan diingatinya sampai bila-bila dan perlu mengambil masa untuk menjadi normal.

Mengimbau semula kejadian itu, Nor memberitahu, sebelum kejadian dia berada di laman rumah bersama seorang anak perempuannya berusia dua tahun sebelum didatangi seorang lelaki bertanyakan mengenai ‘Abang Din’ kira-kira pukul 6.30 petang.

“Lelaki itu kemudian beredar selepas saya mengatakan tidak tahu sebelum dia sekali lagi datang berlegar-legar di kawasan perumahan dengan menaiki kereta Myvi dengan tiga rakannya.

“Dia kemudian berhenti di depan rumah saya. Saya cuba masuk ke dalam rumah kerana takut tetapi dua lelaki yang keluar dari kereta terus memegang tangan dan menarik saya masuk ke dalam kereta,” ceritanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Semalam Kosmo! melaporkan, Nor kerugian RM20,000 selepas tiga utas gelang, seutas rantai dan sebuah telefon bimbit miliknya dilarikan empat suspek dalam kejadian culik di depan rumahnya.

Oleh ADNAN MOHAMAD
berita@kosmo.com.my

dasatnyer...orang sekarang da tak kisah da janji dapat duit...kat rumah pon rumahlaa.. janji nafsu tamak diaorang tu dapat dipuaskan...kalau dulu orang cakap jangan lalu tempat sunyi sorang-sorang. BAHAYA. tapi sekarang depan rumah sendiri tu...ish..scary den~~~

banyak gak diaorang dapat dari akak tu..ni mesti da aim lama dah nih...diaorang tau da rutin akak tu...huh giler jahat!!!

so beware of stranger yang berlegar-legar depan rumah. mana tau diaorang ade niat jahat kan..ye la langkah berjaga-jaga. nampak sesuatu yang mencurigakan cepat-cepat repot polis ye~~ 

semoga kak Nor tabah dengan dugaan ni. Alhamdulillah kak Nor selamat.  Pesanan untuk semua orang termasuk diri sendiri BERHATI-HATILAH...rambut manusia nih sama hitam tapi hati lain-lain. buat baik salah buat jahat confirm salah kannn...so berpada-padalah.. 

terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Sunday, 31 July 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN DAN SELAMAT BERPUASA



SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN YANG MULIA DAN SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG HUNNYAPIS.SEMOGA PUASA TAHUN INI LEBIH BERMAKNA DARI TAHUN SEBELUMNYA DAN PENUHI BULAN MULIA INI DENGAN AKTIVITI BERFAEDAH.



terima kasih kerana singgah.datang lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...